25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN 31 OGOS 2002 (SAMBUNGAN)

172

3 RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN UTAMA (SAMBUNGAN)

(f) Matawang asing (sambungan)

MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD

Urusniaga dalam matawang asing ditukar kepada Ringgit Malaysia pada kadar tukaran

yang berkuatkuasa pada tarikh urusniaga. Aset dan tanggungan dalam matawang asing

pada tarikh kunci kira-kira ditukar kepada Ringgit Malaysia pada kadar tukaran yang

berkuatkuasa pada tarikh tersebut. Perbezaan pertukaran yang timbul daripada

penyelesaian terhadap urusniaga matawang asing dan pertukaran aset dan tanggungan

dalam matawang asing dimasukkan ke dalam penyata pendapatan.

Kadar penutup utama yang digunakan dalam pertukaran matawang asing adalah seperti

berikut:

Matawang asing 31.8.2002 31.8.2001

RM’000 RM’000

1 Dolar AS 3.825 3.825

1 Kroner Sweden 0.417 0.371

100 Rand Afrika Selatan 40.61 45.51

1 Deutschemark Tidak Berkenaan 1.790

1 Euro 3.340 Tidak Berkenaan

(g) Pelaburan lain

Pelaburan jangka panjang dinyatakan pada kos kecuali jika para Pengarah berpendapat

berlaku kesusutan nilai yang kekal, yang mana peruntukan akan dibuat bagi kesusutan

nilai. Kesusutan kekal nilai pelaburan diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam tahun

kewangan, bila mana kesusutan tersebut dikenalpasti.

Apabila sesuatu pelaburan dilupuskan, perbezaan antara hasil pelupusan bersih dan nilai

dibawa dicaj atau dikreditkan kepada penyata pendapatan.

(h) Sekuriti boleh niaga

Sekuriti boleh niaga dinyatakan pada nilai yang lebih rendah antara kos dan nilai

pasaran, yang ditentukan berasaskan jumlah portfolio mengikut kategori pelaburan. Kos

diperolehi berdasarkan purata wajaran. Nilai pasaran dikira dengan merujuk kepada

harga jualan tukaran saham yang disenaraikan pada penutupan perniagaan pada tarikh

kunci kira-kira. Peningkatan/pengurangan dalam nilai dibawa sekuriti boleh niaga

dikredit/dicajkan kepada penyata pendapatan.

Apabila sesuatu pelaburan dilupuskan, perbezaan antara hasil pelupusan bersih dan nilai

dibawa dicaj atau dikreditkan kepada penyata pendapatan.

(i) Hartanah, loji dan peralatan

Hartanah, loji dan peralatan operasi dinyatakan pada kos ditolak susutnilai terkumpul

kecuali bagi tanah pegangan bebas dan pembinaan dalam proses yang tidak

disusutnilai. Tanah pegangan pajakan dilunaskan berasaskan kaedah garis lurus

sepanjang tempoh pajakan selama 99 tahun.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!