25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

3 RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN UTAMA (SAMBUNGAN)

(d) Syarikat-syarikat bersekutu (sambungan)

Pelaburan dalam syarikat-syarikat bersekutu diambilkira dalam penyata pendapatan yang

disatukan menggunakan kaedah perakaunan ekuiti. Perakaunan ekuiti melibatkan

pengiktirafan di dalam penyata pendapatan bahagian Kumpulan daripada keputusan

syarikat-syarikat bersekutu bagi tempoh tersebut. Pelaburan Kumpulan dalam syarikat

syarikat bersekutu dinyatakan dalam kunci kira-kira pada jumlah yang menunjukkan

bahagiannya dalam aset bersih syarikat-syarikat bersekutu tersebut dan meliputi

muhibah daripada pengambilalihan. Perakaunan ekuiti tidak diteruskan apabila nilai

dibawa pelaburan dalam sesebuah syarikat bersekutu mencapai sifar, kecuali Kumpulan

menanggung atau menjamin tanggungjawab syarikat bersekutu berkenaan.

Keuntungan tidak nyata daripada urusniaga antara Kumpulan dan syarikat-syarikat

bersekutunya dihapuskira sehingga ke tahap kepentingan Kumpulan dalam syarikat

bersekutu tersebut; kerugian tidak nyata juga dihapuskira kecuali urusniaga tersebut

mengemukakan bukti tentang kerosakan nilai aset yang dipindahkan. Dalam

menggunakan kaedah ekuiti ini, di mana sesuai, perubahan dibuat terhadap penyata

kewangan syarikat-syarikat bersekutu untuk memastikan keselarasan dengan dasar-dasar

perakaunan Kumpulan.

(e) Entiti dikawal bersama

Entiti dikawal bersama adalah perbadanan, perkongsian atau entiti lain di mana

Kumpulan mempunyai persetujuan perkongsian kawalan secara kontrak dengan satu

pihak atau lebih berhubung keputusan keatas dasar kewangan dan operasi.

Dengan penggunaan Piawaian 16 Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)

‘Laporan Kewangan Kepentingan dalam Usahasama’, keputusan dan kepentingan dalam

entiti dikawal bersama diambilkira secara ekuiti dalam penyata kewangan Kumpulan

yang disatukan.

Keuntungan tidak nyata daripada urusniaga antara Kumpulan dan entiti dikawal bersama

dihapuskira hingga ke tahap kepentingan Kumpulan dalam entiti dikawal bersama

tersebut; kerugian tidak nyata juga dihapuskira kecuali urusniaga tersebut

mengemukakan bukti tentang kerosakan nilai aset yang dipindahkan. Dalam

menggunakan kaedah ekuiti ini, di mana sesuai, perubahan dibuat terhadap penyata

kewangan entiti dikawal bersama untuk memastikan keselarasan dengan dasar-dasar

perakaunan Kumpulan.

(f) Matawang asing

Entiti asing Kumpulan adalah operasi yang bukan merupakan sebahagian daripada

operasi Syarikat. Penyata pendapatan entiti asing ditukar kepada Ringgit Malaysia pada

kadar tukaran purata bagi tahun kewangan dan kunci kira-kira ditukar pada kadar

tukaran yang berkuatkuasa pada tarikh kunci kira-kira. Perbezaan pertukaran yang timbul

daripada pertukaran semula pelaburan bersih dalam entiti asing diambilkira ke dalam

'Perbezaan pertukaran matawang' dalam ekuiti pemegang saham. Semasa pelupusan

entiti asing berkenaan, perbezaan pertukaran itu diiktiraf dalam penyata pendapatan

sebagai sebahagian daripada keuntungan atau kerugian daripada pelupusan.

Muhibah dan pelarasan nilai saksama yang timbul daripada pengambilalihan sebuah

entiti asing dianggap sebagai aset dan tanggungan Kumpulan dan ditukar pada kadar

tukaran yang berkuatkuasa pada tarikh urusniaga.

Penyata kewangan operasi asing yang merupakan sebahagian daripada operasi Syarikat

ditukar menggunakan tatacara dalam perenggan berikut seolah-olah urusniaga operasi

asing berkenaan adalah operasi Syarikat.

Laporan Tahunan 2002 Annual Report

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN 31 OGOS 2002 (SAMBUNGAN)

171

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!