25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN 31 OGOS 2002 (SAMBUNGAN)

170

3 RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN UTAMA (SAMBUNGAN)

(a) Asas penyatuan (sambungan)

MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD

Urusniaga antara syarikat, baki dan keuntungan tidak nyata daripada urusniaga

dihapuskira; kerugian tidak nyata juga dihapuskira kecuali kos tidak boleh diperolehi

semula. Di mana sesuai, perubahan dibuat terhadap penyata kewangan syarikat-syarikat

subsidiari untuk memastikan keselarasan dengan dasar-dasar perakaunan yang

diambilpakai oleh Kumpulan. Kepentingan minoriti ditentukan mengikut bahagian nilai

saksama minoriti selepas pengambilalihan bagi nilai aset dan tanggungan yang

dikenalpasti diambilalih. Penyataan berasingan dibuat untuk kepentingan minoriti.

Keuntungan atau kerugian daripada pelupusan sesebuah syarikat subsidiari adalah

perbezaan antara hasil pelupusan bersih dan bahagian Kumpulan terhadap aset

bersihnya berserta dengan muhibah daripada pengambilalihan.

(b) Muhibah daripada penyatuan

Muhibah yang wujud daripada penyatuan mewakili lebihan nilai saksama pertimbangan

pembelian syarikat-syarikat subsidiari ke atas nilai saksama bahagian Kumpulan terhadap

aset bersih yang boleh diasingkan pada tarikh pengambilalihan. Muhibah dinyatakan

pada kos kecuali bila mana ia dihapuskira jika, para Pengarah berpendapat ia

mengalami kesusutan kekal, yang mana muhibah tersebut dihapuskira. Muhibah yang

dihapuskira diiktiraf sebagai perbelanjaan pada tahun kewangan di mana kesusutan

tersebut dikenalpasti. Muhibah yang dihapuskira oleh syarikat-syarikat bersekutu

dinyatakan semula dalam penyata kewangan Kumpulan supaya selaras dengan dasar

perakaunan Kumpulan.

(c) Syarikat-syarikat subsidiari

Syarikat-syarikat subsidiari adalah syarikat-syarikat perdagangan di mana Kumpulan

mempunyai kuasa untuk melaksanakan kawalan ke atas dasar-dasar kewangan dan

operasi bagi memperolehi manfaat daripada aktiviti-aktivitinya.

Pelaburan dalam syarikat-syarikat subsidiari dinyatakan pada kos kecuali para Pengarah

berpendapat bahawa terdapat kesusutan nilai berkekalan dalam pelaburan, bila mana

peruntukan akan dibuat untuk kesusutan dalam nilai. Kesusutan kekal dalam nilai

pelaburan diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam tahun kewangan bila mana kesusutan

tersebut dikenalpasti.

(d) Syarikat-syarikat bersekutu

Syarikat-syarikat bersekutu adalah syarikat-syarikat perdagangan di mana Kumpulan

mempunyai pengaruh yang ketara. Pengaruh yang ketara adalah kuasa untuk mengambil

bahagian dalam keputusan berhubung dasar kewangan dan operasi syarikat-syarikat

bersekutu tetapi tidak mempunyai kawalan ke atas dasar-dasar berkenaan.

Pelaburan dalam syarikat-syarikat bersekutu dinyatakan pada kos kecuali para Pengarah

berpendapat bahawa terdapat kesusutan kekal dalam nilai pelaburan, bila mana

peruntukan akan dibuat bagi kesusutan nilai. Kesusutan nilai kekal sesuatu pelaburan

diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam tahun kewangan bila mana kesusutan tersebut

dikenalpasti.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!