25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

1 MAKLUMAT AM

Syarikat pada dasarnya adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan. Syarikat juga terlibat

dalam aktiviti yang berkaitan dengan pembinaan dan menyediakan perkhidmatan pengurusan

kepada syarikat-syarikat subsidiarinya.

Kumpulan pada dasarnya terlibat dalam perkhidmatan kejuruteraan dan pembinaan,

pembangunan hartanah, perkhidmatan multimedia dan teknologi maklumat, penerbitan,

penyiaran dan perkhidmatan kewangan.

Aktiviti utama syarikat-syarikat subsidiari dan bersekutu dinyatakan dalam Nota 38 kepada

penyata kewangan.

Syarikat adalah sebuah syarikat awam tanggungan berhad, diperbadankan dan bermastautin

di Malaysia serta disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur.

Alamat pejabat berdaftar Syarikat adalah seperti berikut:

Aras 10, Menara MRCB

No. 2, Jalan Majlis 14/10

Seksyen 14

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Bilangan kakitangan bagi Kumpulan dan Syarikat pada akhir tahun kewangan masing-masing

adalah seramai 763 (2001: 908) dan 134 (2001: 278) orang.

2 ASAS PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN

Penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat telah disediakan mengikut konvensyen kos sejarah

seperti yang telah diubahsuai bagi penilaian semula beberapa hartanah pelaburan dan

hartanah pembangunan tertentu, kecuali seperti yang dinyatakan dalam ringkasan dasardasar

perakaunan utama di bawah. Penyata kewangan ini mematuhi piawaian perakaunan

yang diluluskan dan berkenaan di Malaysia dan peruntukan Akta Syarikat, 1965.

Penyata kewangan yang disediakan selaras dengan piawaian perakaunan yang diluluskan dan

berkenaan di Malaysia dan peruntukan Akta Syarikat, 1965 yang memerlukan para Pengarah

membuat anggaran dan andaian yang memberi kesan terhadap jumlah aset dan tanggungan

yang dilaporkan dan pendedahan aset dan tanggungan luar jangka pada tarikh penyata

kewangan serta jumlah perolehan dan perbelanjaan sepanjang tahun kewangan yang

dilaporkan. Keputusan sebenar mungkin berbeza daripada jumlah anggaran tersebut.

3 RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN UTAMA

(a) Asas penyatuan

Penyata pendapatan dan kunci kira-kira yang disatukan meliputi penyata kewangan

Syarikat dan kesemua syarikat subsidiarinya yang disediakan sehingga akhir tahun

kewangan.

Penyata kewangan syarikat-syarikat subsidiari disatukan menggunakan kaedah

pengambilalihan perakaunan, bermula dari tarikh kawalan dipindahkan kepada Kumpulan

dan tidak lagi disatukan dari tarikh kawalan berakhir.

Pada tarikh kawalan dipindahkan kepada Kumpulan, nilai saksama aset bersih syarikatsyarikat

subsidiari dikenalpasti dan nilai-nilai tersebut ditunjukkan dalam penyata

kewangan yang disatukan. Perbezaan antara kos pengambilalihan dan nilai saksama aset

bersih syarikat-syarikat subsidiari ditunjukkan sebagai muhibah daripada penyatuan.

Laporan Tahunan 2002 Annual Report

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN 31 OGOS 2002

169

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!