25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LAPORAN PENGARAH (SAMBUNGAN)

154

PENGARAH

Para Pengarah yang memegang jawatan sepanjang tempoh semenjak tarikh laporan yang lepas

adalah:

YAM Dato' Seri Syed Anwar Jamalullail (Pengerusi) (Dilantik pada 24.1.2002)

Encik Abdul Rahman Ahmad (Pengarah Urusan Kumpulan/

Ketua Pegawai Eksekutif)

Encik Shahril Ridza Ridzuan (Pengarah Eksekutif)

Y. Bhg. Datuk Zahari Omar (Naib Presiden Eksekutif)

Y. Bhg. Dato’ Ahmad Hj. Ibnihajar

Y. Bhg. Dato’ Zainol Abidin Dato’ Hj. Salleh

Y. Bhg. Dato' Dr. Mohd Shahari Ahmad Jabar (Dilantik pada 22.7.2002)

Y. Bhg. Dato’ Seri Abdul Rahman Maidin (Pengerusi) (Meletak jawatan pada 12.1.2002)

Sejajar dengan Artikel 106 Tatacara Pertubuhan Syarikat, Y. Bhg. Dato' Dr. Mohd Shahari Ahmad

Jabar, yang dilantik sebagai Ahli Lembaga sepanjang tempoh ini selepas Mesyuarat Agung

Tahunan Syarikat yang lepas, bersara pada Mesyuarat Agung Tahunan akan datang dan,

disebabkan layak, menawarkan diri beliau untuk pelantikan.

Sejajar dengan Artikel 101 Tatacara Pertubuhan Syarikat, Y. Bhg. Dato' Ahmad Hj. Ibnihajar and

Y. Bhg. Dato' Zainol Abidin Dato' Hj. Salleh bersara daripada memegang jawatan pada Mesyuarat

Agung Tahunan akan datang, dan disebabkan layak, menawarkan diri mereka untuk dilantik

semula.

MANFAAT PARA PENGARAH

Sepanjang dan pada akhir tahun kewangan, tiada sebarang urusan yang membabitkan Syarikat

sebagai satu pihak, dengan perkara atau perkara-perkara yang membolehkan para Pengarah

Syarikat memperolehi ganjaran menerusi pengambilalihan saham atau debentur dalam Syarikat

atau badan korporat lain.

Sejak akhir tahun kewangan yang lalu, tiada Pengarah Syarikat telah menerima atau layak

menerima sebarang manfaat (selain daripada ganjaran dan manfaat para Pengarah yang

dinyatakan dalam Nota 6 kepada penyata kewangan) hasil daripada kontrak yang dibuat oleh

Syarikat atau perbadanan yang berkaitan dengan Pengarah atau dengan firma di mana beliau

adalah seorang ahli, atau dengan syarikat di mana beliau mempunyai kepentingan kewangan yang

besar kecuali pilihan saham yang diberikan oleh Syarikat kepada Pengarah Eksekutif Kumpulan

sejajar dengan SPSK yang dinyatakan di dalam perenggan di atas.

MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!