25.07.2013 Views

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

cover rationale - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

SKIM PILIHAN SAHAM KAKITANGAN

Skim Pilihan Saham Kakitangan (‘SPSK’ atau ‘Skim’) Malaysian Resources Corporation Berhad telah

diluluskan oleh pemegang saham pada Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan pada 12 Ogos

2002 dan seterusnya berkuatkuasa selepas tahun kewangan dalam kajian pada 5 September 2002.

Skim ini menggantikan SPSK terdahulu yang luput pada 3 April 2001.

Butir-butir SPSK adalah terkandung dalam Undang-Undang Kecil dan ciri-ciri utamanya adalah

seperti berikut:

(a) Skim ditubuhkan untuk penyertaan dalam modal saham biasa Syarikat sahaja.

Jumlah saham yang akan ditawarkan di bawah SPSK tidak akan melebihi 10% daripada

jumlah saham biasa Syarikat yang diterbitkan dan berbayar pada sebarang masa sepanjang

tempoh Skim, yang akan berkuatkuasa untuk tempoh selama lima (5) tahun bermula dari

5 September 2002.

(b) Kakitangan yang layak (termasuk para Pengarah Eksekutif) adalah mereka yang telah

disahkan jawatan sebagai kakitangan dengan perkhidmatan minima selama enam (6) bulan

secara berterusan pada atau sebelum tarikh tawaran SPSK.

(c) Skim ini ditadbir oleh Jawatankuasa Pilihan yang terdiri daripada kakitangan pengurusan

kanan yang dilantik oleh Lembaga Pengarah.

(d) Pilihan yang diberikan di bawah SPSK boleh dilaksanakan oleh penerima dengan memberikan

notis secara bertulis kepada Syarikat sepanjang tahun bermula dari tarikh tawaran dan

berakhir pada 4 September 2007.

(e) Pilihan yang diberikan untuk setiap tahun boleh dilaksanakan sepenuhnya atau dalam jumlah

saham yang lebih kecil dengan syarat bilangan tersebut hendaklah dalam gandaan dan tidak

kurang daripada 1,000 saham.

(f) Harga pilihan bagi setiap saham adalah pada diskaun yang tidak melebihi 10% daripada

purata berwajaran harga pasaran saham Syarikat seperti yang dinyatakan di dalam Senarai

Rasmi Harian yang diterbitkan oleh Bursa Saham Kuala Lumpur untuk lima (5) hari pasaran

terdahulu dari tarikh tawaran dan tidak kurang daripada nilai tara saham.

(g) Kakitangan yang layak hanya boleh menyertai satu SPSK yang dianjurkan oleh mana-mana

syarikat dalam Kumpulan pada satu-satu masa.

(h) Semua terbitan saham biasa baru yang wujud daripada SPSK mempunyai hak yang sama rata

dalam semua segi dengan saham biasa Syarikat yang sedia ada.

Laporan Tahunan 2002 Annual Report

LAPORAN PENGARAH (SAMBUNGAN)

153

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!