24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pengenalan

Pusat Perubatan Sunway (“SunMed”)

merupakan hospital swasta yang

mendapat akreditasi ISO 9001:2008,

MS ISO15189 dan Persatuan untuk

Kesihatan Berkualiti Malaysia (MSQH).

Bermula dengan hanya satu

bangunan sehingga menjadi binaan

hospital yang lengkap dengan 5

sayap, SunMed telah berkembang

dengan pesat sejak ia memulakan

operasi pada bulan November 1999.

Pelan pengembangan SunMed

bermula pada tahun 2006 dan

hospital ini tambah membesar dari

segi keluasan daripada 239,163 kaki

persegi sebelum ini kepada 654,478

kaki persegi. SunMed kini bersedia

menawarkan standard perkhidmatan

yang baharu untuk pelanggan yang

semakin bertambah, menjadikannya

pusat perubatan swasta paling

ke hadapan di negera ini dengan

jumlah katil sebanyak 335 buah bilik

suit juruperunding yang melebihi

100 buah, 12 bilik pembedahan dan

tempat letak kereta berbilang tingkat

dengan 750 ruang parkir.

Sorotan penting tentang

pengaturan baharu ini termasuk

pusat konvensyen dikenali sebagai

Pusat Konvensyen Swan. Dewan

pelbagai guna boleh menampung

sehingga 400 orang dan mempunyai

perhubungan secara audio visual

dengan dua bilik pembedahan

baharu yang membolehkan prosedur

pembedahan dilakukan secara lintas

langsung. Hospital ini juga dilengkapi

dengan kemudahan persidangan

video.

SunMed menawarkan pelbagai

khidmat perubatan yang

komprehensif, termasuk kemudahan

dan teknologi perubatan untuk

penjagaan khas pesakit luar dan

pesakit yang berada di wad, program

kesihatan dan penjagaan kesihatan,

dan khidmat kecemasan 24 jam.

Selain daripada gerak balas pantas

apabila berlaku kemalangan dan

kecemasan dan juga khidmat

penjagaan utama yang dikendalikan

oleh pegawai-pegawai perubatan,

kesemua doktor di SunMed

merupakan pakar runding yang

berstatus pakar. SunMed memberi

syarat bahawa pakar perubatannya

perlu memiliki kelayakan lepasan

ijazah antarabangsa yang diiktiraf

serta mempunyai beberapa tahun

pengalaman dalam disiplin khas/

subkhas yang mereka pilih.

Pencapaian Penting

1. Klinik SunMed mula memberi

khidmat kepada orang ramai pada

tahun 2009. Klinik yang terletak di

Sunway Pyramid ini merupakan

peluasan perkhidmatan

kesihatan kakitangan SunMed/

perkhidmatan penjagaan utama.

Klinik SunMed ditubuhkan

atas tiga sebab utama, iaitu

pertamanya bagi menyediakan

klinik yang lebih selesa dan

mudah diakses kepada kakitangan

Kumpulan Sunway. Kedua, klinik

baharu ini juga akan menampung

keperluan perubatan para pelajar

di Kolej Universiti Sunway dan

Kampus Universiti Monash

Sunway dengan jumlah yang

semakin bertambah.

Kemudahan klinik ini juga

direka bentuk untuk keperluan

pendidikan/pengajaran

perubatan dan penyelidikan

klinikal – sebagai sokongan

kepada keperluan Fakulti Sains

Perubatan dan Kesihatan Jeffrey

Cheah Kampus Universiti

Monash Sunway. Klinik ini akan

menyediakan perkhidmatan

seperti penjagaan utama dan

penjagaan pertolongan cemas,

pengurusan penyakit kronik,

kesihatan kanak-kanak, diet dan

khidmat nasihat pemulihan,

sinar-x untuk dada dan tisu

lembut, ultrabunyi asas, ECG, pap

smear dan pelbagai program

penyaringan.

SunMed, antara hospital swasta terulung dalam negara.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 87

Segmen

Perniagaan

Utama

Penjagaan

Kesihatan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!