24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pengenalan

Sunway Lagoon merupakan daya tarikan

berbilang taman yang paling ikonik di Malaysia.

Ia juga merupakan satu-satunya daya tarikan

di dunia yang telah memenangi anugerah

berprestij ‘Tarikan Terbaik Asia’ untuk 3 tahun

berturut-turut (2007-2009). Anugerah ini

dianugerahkan oleh International Association

of Amusement Parks & Attractions (IAAPA).

Sunway Lagoon telah memperoleh

pengiktirafan antarabangsa sebagai tempat

mendapatkan keseronokan tanpa henti dengan

5 taman temanya – ‘Water Park’, ‘Amusement

Park’, ‘Wildlife Park’, ‘Extreme Park’, ‘Scream Park’;

dan untuk penganjuran konsert dan acara

antarabangsa yang berprestij.

Satu lagi mercu tanda riadah terdapat di

Tambun, Ipoh yang dipanggil ‘Lost World

of Tambun’. Ia merupakan taman tema

sepenuhnya yang diadun dengan berhati-hati

mengikut persekitaran bukit batu kapur dan

enklaf. Hutan yang selama ini tidak dikenali, kini

dibangunkan untuk menjadi destinasi taman

tema yang popular di Malaysia.

Pencapaian Penting

1. Sunway Lagoon memenangi anugerah

idaman ‘Tarikan Terbaik Asia’ untuk tiga

tahun berturut-turut sejak tahun 2007 oleh

IAAPA dan sehingga kini ia merupakan satusatunya

daya tarikan di dunia yang mencapai

kemenangan tiga tahun berturut-turut.

2. Sunway Lagoon memenangi anugerah

‘Tarikan Taman Tema Terbaik’ oleh Majalah

LIBUR untuk dua tahun berturut-turut.

Majalah ini merupakan salah satu majalah

pelancongan paling popular di negara ini.

3. Sunway Lagoon memenangi ‘Resort/

Percutian Keluarga Terbaik’ oleh Expatriate

Lifestyle, salah satu majalah gaya hidup yang

terkemuka di Malaysia.

4. Sunway Lagoon memperkenalkan daya

tarikan terbaru, iaitu ‘Scream Park’. ‘Night at

the Museum2: Battle of the Smithsonian’

yang pertama di Malaysia, dengan penghuni

muzium dan artifak hidup kembali.

Penerbitan asal ‘The Freezer’, a gory, out-ofcontrol

asylum akan menyusul kemudian.

5. Sunway Lagoon merupakan pentas pilihan

bagi konsert ‘MTV World Stage LIVE di

Malaysia dan Eason Chan’s Moving On Stage

26’ pada bulan Ogos 2009, ‘Arthur’s Day

Celebration menonjolkan The Black Eyed

Peas’ pada bulan September 2009 diikuti oleh

konsert kumpulan R&B terkemuka, ‘Earth,

Wind & Fire’ pada bulan Disember 2009.

6. ‘Amusement Park’ dan ‘Scream Park’

mendapat nafas baharu dengan pengenalan

‘Nite Park’ yang dibuka sehingga pukul

11 malam. Kini pengunjung taman boleh

menikmati keseronokan dan keterujaan

pelbagai perjalanan pada waktu malam.

7. ‘Extreme Park’ Sunway Lagoon memasukkan

‘Go-Kart Track’ dan lapangan ‘Archery Target

Shooting’ yang sangat sesuai untuk pencari

keterujaan bandar yang ingin menghabiskan

masa mereka pada waktu siang hari.

8. ‘Lost World Petting Zoo’ dibuka kepada

orang ramai pada akhir tahun 2009. Zoo

tersebut meliputi kawasan seluas 80,000 kaki

persegi dan keunikannya dilingkungi oleh

persekitaran hutan semulajadi dengan latar

belakang bukit kapur.

Kanak-kanak mengenali haiwan peliharaan ‘Wildlife Park’ di Sunway Lagoon secara dekat.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 83

Segmen

Perniagaan

Utama

Riadah

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!