24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pengenalan

‘Sunway International Hotels & Resorts’

merupakan salah satu badan pengurusan

hospitaliti dan kumpulan khidmat korporat

yang tersohor di Asia. Ini dipacu oleh

visi untuk memberikan pulangan dan

peningkatan modal kepada pemegang

saham, di samping kesedaran untuk

meningkatkan kepuasan yang luar biasa

dan pengalaman manis kepada pelanggan

melalui jenama kami menerusi hotel

kepunyaan sendiri, yang diurus dan/

atau difrancis; ‘Sunway Hotels & Resorts’,

‘Allson Hotels & Resorts’ dan ‘The Banjaran

Hotsprings Retreat’ di bandar-bandar kecil

dan besar di Cambodia, China, Indonesia,

Malaysia dan Vietnam.

‘Sunway International Hotels & Resorts’

menguruskan sekumpulan produk dan

perkhidmatan hospitaliti daripada hotel

5 bintang dengan bilik konvensyen

bertaraf dunia, kemudahan mesyuarat

dan pameran, vila mewah, pangsapuri

berperkhidmatan, hotel 3 dan 4 bintang,

sehingga ke perkhidmatan teknikal,

perkhidmatan pelancongan, pengurusan

francis dan perkhidmatan penggabungan

pemasaran hotel.

Dengan menggabungkan khidmat

hospitaliti yang unggul bersama-sama

pakar masakan bertaraf dunia, ‘Sunway

International Hotels & Resorts’ mempunyai

sistem maklumat bertumpukan operasi,

sistem pengurusan hartanah, pengurusan

yang mendalam dan berbakat dalam

amalan operasi yang menguntungkan.

Setiap hartanah hotel mendapat faedah

daripada perhubungan yang berterusan

dengan pihak pengurusan dan sokongan

serantau sepenuhnya dalam operasi

kewangan, jualan dan khidmat pemasaran,

komunikasi jenama, pengurusan makanan

dan minuman dan pengurusan sumber

manusia.

Keunggulan ‘Sunway International Hotels &

Resort’ terletak pada ‘Sunway Resort Hotel

& Spa’ yang berbilang hartanah, dua hotel

kebanggaan dengan 1,234 bilik tetamu

kesemuanya terletak di dalam ‘Sunway

Integrated Resort City’ seluas 800 ekar, iaitu

dalam jarak hanya beberapa minit sahaja

perjalanan dari bandar raya Kuala Lumpur.

Pemandangan menjelang senja ‘Sunway Resort Hotel & Spa’.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 79

Segmen

Perniagaan

Utama

Hospitaliti

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!