24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Profil

Korporat

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 4

Sunway City Berhad (“SunCity”)

merupakan konglomerat hartanah di

Malaysia yang dinamik dan bersepadu.

Aktiviti utamanya yang merangkumi

kedua-dua Pembangunan Hartanah

dan Pelaburan Hartanah, memberi

Kumpulan ‘Kelebihan Dua Unsur Yang

Dinikmati Bersama’ – bahagian

Pembangunan Hartanah yang tinggi

kadar pertumbuhannya dan asas

pendapatan yang stabil daripada

pelaburan hartanah berhasil tinggi.

SunCity diperbadankan sebagai syarikat

sendirian berhad di Malaysia pada

13 Julai 1982 sebagai Sri Jasa Sdn Bhd,

dan kemudiannya ditukar kepada Sri Jasa

Development Corporation Sdn Bhd pada

1 Disember 1986 dan seterusnya kepada

Bandar Sunway Sdn Bhd pada 25 Julai

1987. Pada 24 Julai 1995, ia menjadi

syarikat berhad awam dan dinamakan

Sunway City Berhad pada 2 April 1996.

Kejayaan SunCity disenaraikan dalam

Pasaran Utama Bursa Malaysia (dahulunya

dikenali sebagai Papan Utama Bursa

Saham Kuala Lumpur) pada 8 Julai 1996

membuktikan kemantapan pengurusan

perniagaannya dan menonjolkan

aspirasinya untuk berkembang sebagai

konglomerat hartanah bersepadu yang

lebih berjaya.

Bahagian Pembangunan Hartanah

Pertumbuhan Tinggi

Sebagai pemaju hartanah, Kumpulan

mempunyai pengalaman yang cukup luas

dalam membangunkan hartanah

kediaman dan komersil yang inovatif dan

berkualiti. Dalam usaha untuk mencipta

‘kehidupan yang lebih baik’ bagi

masyarakat di Malaysia dan luar negara,

SunCity sentiasa berusaha untuk

menyampaikan kepada para pelanggan

produk dan perkhidmatan yang tiada

tolok bandingannya dari segi kualiti dan

nilai. Inilah yang mengukuhkan status

Kumpulan sebagai peneraju dalam

komuniti pemaju berwibawa.

Bahagian Pembangunan Hartanah telah

menyerahkan lebih 17,000 hartanah

dengan nilai pembangunan kasar (“GDV”)

RM9 billon. Pada 30 April 2010, bank tanah

Kumpulan yang masih belum diusahakan

berjumlah 1,458 ekar dengan GDV

RM12.7 bilion.

‘Sunway Integrated Resort City’ (Bandar

Raya Peranginan Integrasi Sunway) yang

lebih dikenali sebagai Bandar Sunway,

bernilai RM6.9 bilion dan merupakan

permata yang menjadi mercu tanda

SunCity. Tanah terbiar seluas 800 ekar yang

telah berubah wajah menjadi bandar raya

pusat peranginan dengan landskap yang

teratur ini mencerminkan konsep

‘Kehidupan Gaya Peranginan dalam Bandar’

yang unik.

Ia turut mencerminkan komitmen

Kumpulan untuk menjadikan kehidupan

selesa prioriti paling utama, dengan

menyediakan kemudahan runcit dan

komersil; hospitaliti; riadah dan hiburan;

penjagaan kesihatan dan pendidikan yang

serba lengkap.

‘Sunway Integrated Resort City’ yang

diiktiraf di peringkat antarabangsa tidak

lama lagi akan dilengkapi dengan tarikan

ikonik SunCity yang seterusnya, projek

Sunway South Quay yang bakal menjadi

metropolis antarabangsa pesisir tasik yang

bernilai RM5.2 bilion.

Bahagian Pelaburan Hartanah

Berhasil Tinggi

Portfolio yang dipegang oleh Bahagian

Pelaburan Hartanah SunCity amat

pelbagai, dengan pelaburan dalam

hartanah peruncitan dan komersil,

hospitaliti, riadah dan hiburan, serta

penjagaan kesihatan yang bermutu tinggi,

menjadikan SunCity sebagai pelabur

dalam pasaran hartanah dan komersil

yang bertaraf dunia di rantau ini. Ia kini

memiliki dan mengurus ruang boleh

disewa bersih (“NLA“) berjumlah, 4.86 juta

kaki persegi dalam bentuk hartanah

komersil termasuk Sunway Pyramid,

Pusat Beli-Belah Sunway Carnival,

Menara Sunway, ‘Sunway Tower 2’,

‘Sunway Giza Specialty Centre’, Kampus

Universiti Monash Sunway dan Kolej

Universiti Sunway.

Bahagian Hospitaliti

Bahagian Hospitaliti memiliki dan

mengurus sekumpulan hotel dan pusat

peranginan yang merangkumi 3 jenama -

‘Sunway Hotels & Resorts’, ‘Allson Hotels &

Resorts’ dan ‘The Banjaran Hotsprings

Retreat’; meliputi 3,400 bilik tetamu.

Portfolio produk dan perkhidmatan

hospitaliti antarabangsanya merangkumi

koleksi mewah dan ‘retreat’ spa, hotel 5

bintang dengan kemudahan persidangan

mesyuarat dan pameran bertaraf dunia,

vila mewah, rumah bandar dan suit

berperkhidmatan, hotel bertaraf 4 dan 3

bintang, hinggalah ke perkhidmatan

teknikal, khidmat pelancongan,

pengurusan francais serta perkhidmatan

gabungan pemasaran hotel.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!