24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Pengenalan

Dalam suasana kemelesetan ekonomi

global dan persekitaran operasi yang

mencabar, bahagian ini menyumbang

perolehan yang stabil kepada SunCity. Pusat

beli-belah Sunway Piramid yang unggul

milik SunCity ini telah sempurna menjalani

pengembangan yang ketara sejak tahun

2007. Pengembangan ini telah menyaksikan

pertambahan jumlah keluasan binaan

kasar seluas 4.3 juta kaki persegi daripada

bahagian lantai kasar (1.7 juta kaki persegi

daripada kawasan boleh disewa bersih).

Dari segi prestasi, Sunway Pyramid terus

menunjukkan pencapaian yang cemerlang.

Mercu tanda runcit ikonik yang terletak di

‘Sunway Integrated Resort City’ ini kekal

sebagai pusat beli-belah dan hiburan

bertema yang paling popular dan terbesar

di Malaysia. Sunway Pyramid dikenali

dengan mudah dengan kepala singanya.

Pusat beli-belah ini berilhamkan seni bina

orang Mesir bersama tafsiran kontemporari.

Ia terus berjaya menarik kunjungan pelawat

dengan jumlah yang besar, iaitu kira-kira 3

juta orang sebulan.

Pusat Beli-Belah Sunway Carnival,

yang terletak di Seberang Jaya, Pulau

Pinang mengorak langkah dengan

memperkenalkan lebih banyak

perkhidmatan nilai ditambah demi

meningkatkan pengalaman membeli-belah

para pengunjung. Pusat beli-belah empat

tingkat ini mengandungi 155 kedai dan

sebuah pusat konvensyen dengan keluasan

binaan kasar seluas 800,000 kaki persegi.

Ia mengekalkan pengalaman pengunjung

tetap segar ketika membeli-belah dengan

memperkenalkan khidmat bugi untuk

membawa pengunjung ke tempat letak

kereta dan Hotel Sunway Seberang

Jaya yang berhampiran. Pusat ini juga

menyediakan kios beli-balik kitar semula

dengan kemudahan pandu lalu.

Sunway Giza merupakan sebuah pusat

runcit khas yang terletak di Kota Damansara,

Selangor. Ia diurus oleh SunCity. Sunway

Giza dibuka pada bulan Disember 2009.

Pusat beli-belah kejiranan setinggi tiga

tingkat ini memiliki 66 kedai dengan

keluasan binaan kasar seluas 160,000 kaki

persegi. Ia menawarkan pelbagai makanan

dan minuman, dan pelbagai khidmat

gaya hidup mengikut cita rasa penduduk

di kawasan kediaman di Damansara dan

Petaling Jaya.

Pengubahsuaian ‘Sunway Tower 2’

siap dilakukan pada tahun 2009.

Pengubahsuaian dengan kos RM16 juta ini

termasuk bahagian depan menara yang

menerima perubahan dengan berwajah

baharu yang sangat-sangat diperlukan dan

lobi yang kini berhawa dingin sepenuhnya

serta dilengkapi dengan ciri-ciri jimat

tenaga. Laman bahagian dalam bangunan

(atrium) direka semula, ruangan di tingkat

bawah dan mezanin ditakrif kembali dan

ruangan runcit yang dapat dilihat dengan

sangat jelas diperkenalkan.

Sunway Pyramid, pusat beli-belah mercu tanda SunCity yang meraih pelbagai anugerah.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 75

Segmen

Perniagaan

Utama

Pelaburan

Hartanah

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!