24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Segmen

Perniagaan

Utama

Pembangunan

Hartanah

70

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Kehidupan serba mewah di Sunway South Quay.

Anugerah dan Pengiktirafan

Kempen Hijau Pihak Berkuasa Bangunan

dan Pembinaan (“BCA”) Singapura

diperkenalkan pada bulan Januari 2005

sebagai program strategik utama untuk

meningkatkan kesedaran tentang bangunan

mampan dan mesra alam sekitar. Faedah

daripada Kempen Hijau kepada bangunan

termasuk penjimatan kos daripada

penggunaan tenaga dan air yang cekap,

mendorong pengurangan kos operasi dan

penyelenggaraan.

Usaha Kumpulan dalam kempen hijau telah

banyak diberi penghargaan; antaranya

adalah pengiktirafan yang diberi kepada

Sunway Palazzio dalam bentuk Anugerah

Emas yang berprestij (Pembangunan

Kediaman Bertingkat Tinggi di Malaysia –

Sementara) dalam Skim Kempen Hijau BCA

(Reka Bentuk Bangunan Hijau).

Sunway Palazzio merupakan pembangunan

rumah kediaman bertingkat tinggi yang

pertama di Malaysia yang menerima

anugerah yang didambakan. Pemenang

anugerah dipilih berdasarkan 5 kriteria

utama: jimat tenaga; jimat air, pembangunan

dan pengurusan tapak/projek; kualiti

persekitaran dalaman yang baik dan

perlindungan alam sekitar serta inovasi.

Sunway Challis Damansara, iaitu

pembangunan perbandaran taman yang

eksklusif di Sunway Damansara juga

merupakan pembangunan rumah bandar

atau townhouse bertaman yang pertama

di Malaysia yang berjaya memperoleh sijil

Kempen Hijau BCA.

Sunway Vivaldi dan Nautica Lake Suites

di Sunway South Quay turut menerima

pensijilan Kempen Hijau BCA yang sama.

Atas sokongannya terhadap konsep livabiliti,

Kumpulan telah dikenali secara meluas

sebagai pelopor dalam inisiatif hijau kerana

Kumpulan telah pun memulakan konsep

ini sejak lama dulu sebelum ia dilaksanakan

dalam industri.

Dengan mendapat perakuan pembangunan

hijau yang cemerlang, SunCity berikrar

akan terus mempergiat kempen ini dengan

menjalankan ciri-ciri kehijauan yang inovatif

dalam projeknya bagi menggalakkan gaya

hidup yang mampan. Ini akan membantu

memastikan bahawa setiap projek

pembangunan hartanah akan menikmati

peningkatan nilai yang lebih besar.

Sunway Palazzio juga dipilih sebagai

pemenang dalam kategori Pembangunan

Rumah Kediaman Bertingkat Tinggi Terbaik

di Malaysia dalam Anugerah Hartanah Asia

Pasifik pada tahun 2009 yang ditaja oleh

Televisyen CNBC. Penerimaan award ini

merupakan satu lagi pencapaian penting

Kumpulan dan mencerminkan kepakaran

Kumpulan dalam membangunkan

pembangunan hartanah bertaraf dunia.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!