24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Malaysia

Di dalam negeri, Kumpulan telah

memperkenalkan ‘Triple Z Series’ pada

bulan April 2009 untuk menarik minat

pembeli dan merangsang jualan. Satu ciri

unik skim pemilikan mudah ialah pembeli

tidak perlu membayar amaun pokok

pinjaman sehingga 60 bulan daripada

pengambilan pertama pinjaman. Hasilnya,

skim ini mewujudkan simpanan masa

depan kepada pengguna.

Di bawah skim ini, pembeli boleh

membayar 5% sehingga 10% sebagai

bayaran pendahuluan. Mereka juga

menikmati bayaran faedah sifar ketika

pembinaan dan bayaran sifar sehingga

24 bulan selepas pembinaan siap

sepenuhnya. Pakej ini ditawarkan untuk

pembangunan berkos tinggi Kumpulan

seperti ‘BayRocks Garden Waterfront Villas’

di Sunway South Quay, Sunway Vivaldi di

Mont Kiara dan ‘Villa Manja @ Sunway SPK

Damansara’.

Sunway Vivaldi yang terletak di atas tanah

pegangan bebas seluas 7.7 ekar di Mont

Kiara ini merupakan satu daripada projek

penting Kumpulan dan prapelancaran

telah diadakan pada bulan Jun 2009 di

pejabat jualan baharu. Pembangunan

yang mempunyai kepadatan penduduk

yang rendah ini mengandungi 228

unit kondominium dan menawarkan

penduduk bandar raya peluang

menikmati cara hidup dengan kediaman

mewah. Ia juga dilengkapi sepenuhnya

dengan kemudahan moden bagi

menyediakan para pembeli rumah dengan

kemudahan dan keselesaan yang tiada

tolok bandingnya.

Di samping itu, ‘Villa Manja @ Sunway

SPK Damansara’ yang terletak di Sunway

SPK Damansara terdiri daripada rumah

berkembar dengan kawasan binaan seluas

3,948 kaki persegi. Pembangunan ini direka

dengan begitu teliti dalam persekitaran

yang mempunyai kawalan keselamatan

di samping mempunyai pusat taman

rekreasi. Ia memperkenalkan reka bentuk

yang inovatif dan kemudahan yang mesra

alam seperti jimat tenaga dan pendingin

hawa yang mesra ekologi serta sistem

pemanas air solar. ‘Villa Manja @ Sunway

SPK Damansara’ akan diserahkan kepada

pembeli dalam masa yang terdekat.

Di Pulau Pinang, Sunway Merica telah

dilancarkan secara rasmi pada bulan

Disember 2009 di pejabat jualannya di

Bayan Baru. Sunway Merica merupakan

pembangunan tanah pegangan bebas

yang terletak di Sungai Ara, Pulau Pinang

dan mengandungi rumah berangkai 2 1 / 2

tingkat. Ia menonjolkan ciri reka bentuk

berkonsep terbuka yang menggalakkan

pencahayaan semulajadi dan pengaliran

udara yang dingin dan nyaman.

Sunway Vivaldi, ruang tamu volum berganda cerminan alunan simfoni kemewahan.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 69

Segmen

Perniagaan

Utama

Pembangunan

Hartanah

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!