24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Segmen

Perniagaan

Utama

Pembanguan

Hartanah

68

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Ruang sambut tetamu moden Sunway Guanghao di Jiangyin, China.

Pembangunan Utama

Antarabangsa

SunCity telah menandatangani

Perjanjian Kerjasama pada bulan April

2010 dengan pemaju induk, Sino-

Singapore Tianjin Eco-City Investment

and Development Co. Ltd (“SSTEC”)

untuk menyertai ‘Tianjin Eco-City’. Ini

termaktub di dalam Memorandum

Persefahaman yang telah ditandangani

pada bulan Oktober 2009.

Projek ini akan mempunyai GDV

berjumlah RM5 bilion dan ia

dijangka dapat dibangunkan dalam

tempoh 5 tahun. SunCity juga akan

memperkenalkan falsafah LOHAS

dalam projek pembangunannya seluas

102 ekar di ‘Tianjin Eco-City’ yang

seluas 7,413 ekar itu. Ini merupakan

projek pertama seumpamanya di

China. Gagasan utama adalah untuk

membangunkan bandar raya yang

berkembang maju dengan masyarakat

yang harmoni, bandar raya yang

mesra alam sekitar dan penggunaan

sumber yang cekap. Yang terpenting

ialah ia akan menjadi model bagi

pertumbuhan yang mampan.

Kejayaan SunCity memulihkan

kawasan perlombongan tandus seluas

800 ekar menjadi sebuah bandar

peranginan bersepadu yang dinamik

dan pemenang pelbagai anugerah,

membolehkan SunCity mendapat

sanjungan dari dalam dan luar

negara. Komitmen bersama ke arah

pembangunan mampan inilah menjadi

titik tolak yang menarik pemaju induk

‘Tianjin Eco-City’, SSTEC untuk meneroka

kerjasama potensi dengan SunCity.

‘Tianjin Eco-City’ ialah sebuah projek

pembangunan campuran Kerajaandengan-Kerajaan

antara China dan

Singapura. SSTEC merupakan usaha

sama 50:50 antara konsortium

Singapura yang diterajui oleh

Kumpulan Keppel dan konsortium

China yang diterajui oleh Tianjin TEDA

Investment Holding Co. Ltd. ‘Tianjin

Eco-City’ akan menjadi perbandaran

moden untuk kira-kira 350,000

penghuni.

Selain itu, SunCity akan

membangunkan hartanah pertamanya

di Jiangyin, China yang terdiri daripada

kondominium sederhana sehingga

berkos tinggi dan kedai-kedai khas.

Projek Sunway Guanghao seluas 17

ekar mempunyai GDV yang bernilai

RM492 juta. Sunway Guanghao akan

mempunyai akses kepada kesemua

kemudahan bandar apabila daerah

perniagaan itu siap sepenuhnya. Ia

terletak di dalam daerah perniagaan

pusat ‘Jiangyin New Harbour City’,

pusat pentadbiran Kerajaan Jiangyin

yang baharu.

SunCity juga telah memulakan

pembangunan usaha sama di

Hyderabad, India dengan MAK

Projects Private Limited (”MAK”).

MAK merupakan pemaju hartanah

bereputasi cemerlang dengan

pembangunan terulung termasuk

Banyan Tree Retreat, satu komuniti

yang berpagar dan mempunyai

pengawal keselamatan. Konsep yang

diperkenalkan oleh MAK ini adalah

bertaraf dunia.

Projek ini akan terdiri daripada unit

pangsapuri rendah dan kondominium

yang akan siap dalam beberapa fasa

dalam tempoh 3 hingga 5 tahun. Ia

terletak di kawasan yang strategik

di koridor selatan Hyderabad yang

sedang membangun di India dan

sangat hampir dengan Lapangan

Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi

dan Hardware Park.

Selain daripada projek ini, Kumpulan

juga memulakan perkongsian dengan

Opus Developers & Builders Private

Limited di India untuk membangunkan

Sunway Opus Grand Residency,

sebuah kawasan pembangunan

eksklusif seluas 30 ekar di tengahtengah

landskap mewah di subbandar

Ameenpur, Hyderabad.

Seperti di China, India juga mengalami

pertumbuhan ekonomi dan populasi

yang sama. Justeru, India juga akan

membuka peluang keemasan kepada

Kumpulan untuk merebut peluang

pasaran hartanah antarabangsa yang

memberangsangkan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!