24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Hospitaliti

Denis Gruhier

Pengurus Besar Kumpulan

Sunway Resort Hotel & Spa

Sarjana Muda Pengurusan

Perniagaan

Encik Denis Gruhier, seorang

warganegara Perancis,

berpengalaman lebih 35 tahun

dalam industri hospitaliti. Beliau

telah memegang pelbagai jawatan

peringkat wilayah di rangkaian

hotel dinamik di Eropah, Amerika

Utara dan Selatan, Caribbean

dan Asia. Sebagai Pengurus

Besar Kumpulan, beliau menyelia

hartanah utama, ‘Sunway Hotels

& Resorts’ – pembangunan multi

hotel dengan 1,234 bilik di ‘Sunway

Integrated Resort City’. Selain

daripada memegang beberapa

ijazah sijil profesional dan ijazah

Sarjana Muda Pengurusan

Perniagaan, beliau juga fasih dalam

bahasa Perancis, Inggeris, Sepanyol

dan Jerman.

Hospitaliti

Hanley Chew

Ketua Pegawai Eksekutif

Sunway International

Hotels & Resorts

Ijazah Amalan Kesetiausahaan

Syarikat dan Perakaunan Kewangan,

Institute of Chartered Secretaries &

Administrators (ICSA), London

Encik Hanley Chew membawa

bersamanya pengalaman yang

luas dalam industri perhotelan dan

percutian apabila menyertai SunCity.

Selama 20 tahun sebelum itu

beliau telah memegang berbagaibagai

jawatan utama dengan

rangkaian hotel antarabangsa

dan tempatan. Sebelum ini

beliau adalah Naib Presiden –

Pembangunan Perniagaan, jawatan

yang dipegangnya sewaktu

menyertai SunCity pada tahun

2002. Beliau bertanggungjawab ke

atas pengurusan semua hotel di

bawah jenama Sunway dan Allson.

Beliau juga memainkan peranan

penting dalam penghasilan kontrak

pengurusan baharu di rantau ini.

Semua fungsi global, ketua wilayah

dan pengurus besar hotel kedua-dua

jenama tersebut melapor kepada

beliau.

Penjagaan Kesihatan

Dr Chong Su-Lin

Ketua Pegawai Eksekutif

Sunway Medical Centre Berhad

MBBS London; Sarjana Pentadbiran

Perniagaan (MBA), London

Dr. Chong Su-Lin menjadi pengamal

perubatan selama enam tahun

dengan National Health Service

(NHS) UK sebelum menjadi

Perunding Pengurusan di syarikat

perunding Cambridge Pharmacy di

England. Beliau memegang jawatan

Pengarah Perkhidmatan Ansilari

di Pusat Perubatan Subang Jaya

(SJMC) selama empat tahun dan

dua tahun sebagai Pengarah Projek

International Medical University

(IMU). Dr Chong adalah bekas

Setiausaha Kehormat Persatuan

Hospital Swasta Malaysia (APHM).

Pada ketika ini beliau adalah salah

seorang ahli Lembaga APHM.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 61

Profil Pasukan

Pengurusan

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!