MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus
MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus
MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus
Create successful ePaper yourself
Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.
Profil Pasukan

Pengurusan

60

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Bahagian Pelaburan Hartanah

Cheah Wing Choong

Ketua Pegawai Operasi -

Bahagian Pembangunan Hartanah

Sunway City Berhad

Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta),

Heriot-Watt University, Scotland;

Sarjana Pentabiran Perniagaan (MBA),

University of Bath, England;

Juruukur Berkanun

Encik Cheah Wing Choong ialah

Juruukur Berkanun, Royal Institution of

Chartered Surveyors, United Kingdom

dan Fellow Institut Juruukur, Malaysia.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda

Sains (Pengurusan Harta) daripada

Heriot-Watt University, Scotland dan

Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada

University of Bath, England. Beliau

berkhidmat sebagai perunding hartanah

selama lapan tahun dengan Rahim &

Co Chartered Surveyors; Peat Marwick

Consultants selama dua tahun sebelum

menyertai Tan & Tan Developments/

Kumpulan IGB selama 15 tahun sebagai

Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Aset.

Beliau menyertai Tradewinds Corporation

Berhad sebagai Ketua Pegawai Operasi

sebelum menjawat jawatannya di SunCity

sekarang pada tahun 2009. Pada waktu

ini beliau adalah Timbalan Setiausaha

Kanan Pertubuhan Pemaju Hartanah dan

Perumahan (“REDHA”) dan juga Timbalan

Pengerusi REDHA Cawangan Selangor.

Pelaburan Hartanah

Chan Hoi Choy

Ketua Pegawai Eksekutif

Sunway Pyramid Sdn Bhd

Sarjana Muda Sains Pengurusan dan

Pentadbiran (Kepujian), University of

Aston, Birmingham, United Kingdom

Encik Chan Hoi Choy mempunyai

pengalaman bekerja selama lebih

25 tahun dalam industri pusat

beli-belah. Beliau pernah menjawat

beberapa jawatan kanan di Berjaya

Starcity (sekarang dikenali sebagai

Times Square), Berjaya Megamall

dan Sungei Wang Plaza sebelum

menyertai SunCity. Sejak 15

kebelakangan ini, beliau memegang

jawatan di Persatuan Pengurusan

Kompleks Beli-Belah dan Bangunan

Tinggi (“PPK”). Pada waktu ini beliau

ialah Timbalan Presiden PPK.

Riadah

Aaron Soo

Boon Choon

Ketua Pegawai Eksekutif

Sunway Lagoon Sdn Bhd

Sarjana Pentadbiran Perniagaan

(MBA) daripada MIM –

Universiti Bath, United Kingdom

Encik Aaron Soo menyertai

Kumpulan Sunway pada tahun 1996

dan adalah Pengurus Besar Sunway

Hotel, Shenzen, China dari tahun

1997 hingga tahun 1998. Beliau

menyertai SunCity pada tahun 2002

untuk menguruskan Hotel Sunway

di Georgetown dan Seberang Jaya,

Pulau Pinang dan telah berjaya

meningkatkan prestasi hotel-hotel

tersebut dengan cemerlang.

Pada 1 November 2005, beliau telah

dinaikkan pangkat sebagai Pengurus

Besar Kanan bahagian Riadah dan

Hospitaliti SunCity. Pada 1 Mac 2006,

beliau dinaikkan pangkat kepada

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway

Lagoon Sdn Bhd. Sekarang beliau

menyelia Sunway Lagoon dan ‘Lost

World of Tambun’, Ipoh.