24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Profil

Lembaga

Pengarah

50

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Tan Sri Dato’ Seri Dr Jeffrey

Cheah Fook Ling, AO

Pengerusi Eksekutif,

Pengarah Eksekutif Terikat

Warganegara Malaysia

Berumur 65 tahun, YBhg Tan Sri Dato’ Seri

Jeffrey Cheah Fook Ling ialah Pengasas

dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan

Sunway yang terdiri daripada dua syarikat

tersenarai awam iaitu Sunway Holdings

Berhad (“Sunway Holdings”) dan SunCity.

Beliau seorang akauntan dan telah

dianugerahkan Ijazah Kehormat

Kedoktoran oleh lapan buah universiti

terulung di dunia. Beliau ialah salah

seorang daripada empat dermawan

terulung di negara ini yang disenaraikan

dalam Hero of Philanthropy 2009, oleh

Forbes Asia.

Pada tahun 2008, beliau telah dilantik

menjadi Pegawai Order of Australia oleh

Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd.

AO adalah salah satu daripada anugerah

paling berprestij dan terhormat yang

diberikan oleh Kerajaan Australia kepada

individu bukan rakyat Australia.

Kampus Universiti Monash Sunway telah

menamakan Fakulti Perubatan dan Sains

Kesihatan Universiti Monash sempena

nama beliau pada tahun 2007 sebagai

penghargaan kepada sumbangan besar

beliau kepada universiti tersebut.

Beliau telah dilantik sebagai Canselor

Pengasas Kolej Universiti Sunway oleh

Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada

tahun 2006.

Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia

cawangan Selangor oleh Menteri

Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan

Warisan pada tahun 2008. Selain daripada

itu beliau juga memegang jawatan

Pengerusi dan Pengasas Bersama Institut

Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI).

Beliau ialah Timbalan Presiden Yayasan

Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia;

Pengasas Lembaga Pemegang Amanah

Yayasan Hepar Malaysia sejak tahun 1999;

Presiden Persatuan Hakka Malaysia 1997-

2004; dan Ahli Kehormat Bukan Melayu

pertama Dewan Perniagaan Melayu Kuala

Lumpur sejak tahun 2002.

Beliau telah dilantik menganggotai

Majlis Pendidikan Tinggi pada tahun

1996 oleh Menteri Pendidikan bagi

mengiktiraf sumbangan besar

beliau kepada pendidikan. Menteri

Perdagangan pula melantik beliau

menjadi Pengarah Pusat Produktiviti

Kebangsaan pada tahun 1990.

Pada tahun 1996, Perdana Menteri

Malaysia telah melantik beliau menjadi

Pengerusi Kumpulan Industri-Kerajaan

bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT)

untuk Pembinaan dan Perumahan.

Beliau juga menganggotai EXCO Majlis

Tindakan Pelancongan Malaysia pada

tahun 1996 setelah dilantik oleh Menteri

Pelancongan Malaysia. Pada tahun

berikutnya, beliau dilantik oleh Menteri

Kewangan menjadi Ahli Lembaga

Yayasan Pelaporan Kewangan.

Anugerah lain yang pernah diterima

beliau termasuk Anugerah Felo Paul

Harris (Paul Harris Fellow Award), Tokoh

Hartanah Tahunan (Property Man of the

Year) (Malaysia) pada tahun 1993, KPE

Tahunan (CEO of The Year) (Malaysia)

pada tahun 1996 dan Anugerah

Usahawan Cina Paling Inovatif (Most

Innovative Chinese Entrepreneur)

Asia 2005.

Beliau menyertai Lembaga Pengarah

SunCity pada 1 Julai 1992. Selain

daripada itu beliau juga berkhidmat

sebagai Pengerusi Jawatankuasa

Eksekutif Lembaga Pengarah dan Skim

Opsyen Saham Pekerja serta menjadi

ahli Jawatankuasa Saraan.

Pada waktu ini beliau juga memegang

jawatan pengarah di syarikat awam lain

termasuk Sunway Holdings dan Sunway

Medical Centre Berhad.

Sepanjang tempoh kewangan ini, beliau

telah menghadiri tujuh daripada lapan

Mesyuarat Lembaga Pengarah.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!