24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Ulasan

Ketua

Pegawai

Kewangan

44

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

‘Sunway Platinum Success’ telah dianugerah sebagai antara Urus Niaga Paling Inovatif Berlandaskan Islam 10

Teratas pada tahun 2009.

Pengurusan Dana Strategik dan Inovatif

Pembiayaan berlandaskan Islam berjumlah RM132

juta untuk ‘Sunway Platinum Success’ (Kampus

Universiti Monash Sunway) telah dianugerah sebagai

antara Urus Niaga Paling Inovatif Berlandaskan

Islam 10 Teratas pada tahun 2009. Urus niaga ini

disifatkan sebagai paling inovatif kerana ia melampaui

sempadan tradisional kaedah pembiayaan perumahan

perkongsian Musharakah Mutanaqisah yang lazim.

Ini mencerminkan betapa Kumpulan berpegang

kepada prinsip bahawa inovasi dan kreativiti tidak

hanya terhad pada produk dan perkhidmatannya

sahaja, bahkan meliputi keseluruhan aspek operasi

perniagaan.

Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan

pengurusan dana strategik SunCity, sumber ekuiti

dan hutang sentiasa disemak secara aktif dalam

usaha untuk mencapai kos modal yang optimum.

SunCity telah berusaha memanfaatkan persekitaran

kadar faedah yang lebih rendah, dan memperoleh

kemudahan kredit sehingga RM600 juta untuk

membiayai semula instrumen komersil (“CP”) bernilai

RM240 juta, nota tempoh sederhana (“MTN”) dan bon

jaminan bank bernilai RM200 juta, di samping kredit

pusingan tambahan berjumlah RM160 juta.

Hasil inisiatif ini, Kumpulan memperoleh kemudahan

perbankan baharu pada kadarf 4.8% setahun yang

amat menarik dan dapat menamatkan beberapa

peminjaman yang menanggung kadar faedah dari

5.75% hingga 7% setahun.

Pada Ogos 2009, Rating Agency Malaysia menegaskan

bahawa rating jangka pendek dan jangka panjang

bagi SunCity masing-masing ditarafkan sebagai P2

dan A2 bagi CP/MTN. Ini merupakan pengesahan

berterusan bagi kedudukan korporat serta prestasi

kewangan mantap Kumpulan.

Dengan pengurusan dana yang berkesan dan prestasi

perniagaan yang memberangsangkan, nisbah

penggearan bersih SunCity berkurangan kepada

0.53 kali ganda dana pemegang saham. Nisbah

penggearan seperti ini disifatkan sebagai mantap

kerana pinjaman disokong oleh aset berhasil tinggi.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!