24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

300

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Notis Mesyuarat Agung Tahunan Ke-27

Artikel 129 yang baharu

Sebarang dividen, faedah atau wang yang perlu dibayar dalam bentuk tunai

berkaitan saham atau sekuriti lain boleh dibayar melalui cek atau waran yang

dihantar melalui pos yang dialamatkan kepada alamat berdaftar Ahli atau

individu yang berhak ke atasnya seperti yang tertera dalam Daftar, atau dibayar

melalui pindahan elektronik atau diremit ke dalam akaun bank dengan syarat

Ahli atau individu yang berhak ke atasnya dinamakan dalam Daftar dan/atau

Rekod Pendeposit, atau jika beberapa individu didaftarkan sebagai pemegang

bersama saham atau sekuriti yang berhak ke atasnya, kepada alamat berdaftar

atau melalui pindahan elektronik atau diremit ke dalam akaun bank yang diberi

oleh pemegang bersama yang pertama dinamakan dalam Daftar atau setakat

yang dibenarkan di bawah Akta Depositori Pusat dan Peraturan, dalam Rekod

Pendeposit atau kepada individu yang alamat berkaitan atau akaun bank yang

diarahkan oleh individu pertama pemegang bersama secara bertulis, atau

jika beberapa orang berhak ke atasnya akibat kematian atau kebankrapan

pemegang, kepada mana-mana seorang daripada individu ini dan kepada

alamat atau akaun bank individu tersebut yang diarahkan secara bertulis. Setiap

cek atau waran atau pindahan elektronik atau amaun yang diremit berkaitan

hendaklah dibuat ke atas nama individu yang ia dihantar atau kepada individu

seperti yang pemegang atau pemegang bersama atau individu atau individuindividu

yang berhak ke atas saham atau sekuriti berkaitan akibat kematian atau

kebankrapan pemegang mungkin arahkan. Pembayaran sebarang cek atau

waran atau pindahan elektronik atau amaun yang diremit berkenaan hendaklah

berfungsi sebagai perlaksanaan yang baik bagi Syarikat dalam hal dividen yang

diwakili olehnya, tanpa mengira bahawa ia mungkin selanjutnya kelihatan

seperti perkara ini telah dicuri atau bahawa pengendorsannya atau arahan

pindahan elektronik atau proses meremit telah dipalsukan, atau tanpa mengira

percanggahan dalam butiran akaun bank yang diberi oleh Ahli. Setiap cek atau

waran atau pindahan elektronik atau amaun yang diremit berkenaan hendaklah

dihantar atas risiko individu yang berhak menerima wang yang diwakili olehnya,

dan Syarikat tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa jumlah yang hilang atau

lewat dalam proses sebarang pindahan atau di mana Syarikat telah bertindak

menurut sebarang arahan seperti ini.” (Resolusi Khas 1)

Atas Perintah Lembaga Pengarah

PUAN SRI DATIN SERI (DR) SUSAN CHEAH SEOK CHENG (MIA 5601)

TAN KIM AUN (MAICSA 7002988)

LEE SUAN CHOO (MAICSA 7017562)

Setiausaha Syarikat

Petaling Jaya

1 Jun 2010

NOTA:

1. Seksyen 143(1) Akta Syarikat, 1965 menyatakan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (“AGM”) hendaklah diadakan sekali

setiap tahun kalendar. Dengan itu, AGM Syarikat ke-27 yang akan datang akan diadakan berkaitan tahun kalendar 2010.

Tiada Penyata Kewangan Teraudit akan dibentangkan dalam AGM ini. Penyata Kewangan Teraudit 18 bulan bagi tempoh

kewangan berakhir 31 Disember 2009 akan dibentangkan semasa AGM Ke-26.

2. Ahli yang berhak hadir dan mengundi berhak melantik seorang proksi atau beberapa proksi untuk hadir dan mengundi bagi

pihaknya. Seseorang proksi boleh tetapi tidak semestinya ahli Syarikat.

3. Surat cara melantik proksi hendaklah dibuat secara bertulis dengan ditandatangani oleh pelantik atau wakilnya yang diberi

kuasa sewajarnya secara bertulis, atau jika pelantiknya sebuah badan korporat, sama ada di bawah meterai syarikat atau dengan

ditandatangani oleh pegawai atau wakil yang diberi kuasa sewajarnya untuk berbuat demikian.

4. Sekiranya ahli melantik 2 proksi, pelantikan tidak sah kecuali beliau menyatakan peratus pemegangan saham yang diwakili oleh

setiap proksi.

5. Apabila ahli adalah Calon Yang Diberi Kuasa seperti yang dihuraikan oleh Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991, ia boleh

melantik sekurang-kurangnya seorang (1) proksi tetapi tidak lebih daripada 2 proksi berkaitan setiap Akaun Sekuriti yang dipegang

dengan saham Syarikat atas kredit Akaun Sekuriti tersebut .

6. Surat cara melantik proksi hendaklah diserahkan di Pejabat Berdaftar Syarikat di Aras 16, Menara Sunway, Jalan Lagoon Timur, Bandar

Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia tidak kurang daripada 48 jam sebelum masa yang ditetapkan untuk

melaksanakan mesyuarat atau sebarang penangguhannya, sama ada dengan tangan, melalui pos, mel elektronik atau faks ke 03-

5639 9507. Dalam keadaan ahli tersebut adalah sebuah syarikat dan borang proksi dihantar melalui faks atau mel elektronik, borang

asal hendaklah juga diserahkan di Pejabat Berdaftar, sama ada dengan hantaran tangan atau melalui pos tidak kurang daripada 48

jam sebelum masa yang ditetapkan untuk mengadakan mesyuarat atau sebarang penangguhannya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!