24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

(i) tamat Mesyuarat Agung Tahunan (“AGM”) yang berikut yang pada

ketika itu ia akan luput, kecuali diluluskan melalui Resolusi Biasa pada

mesyuarat tersebut, bahawa kuasa ini diperbaharui, sama ada tanpa

syarat atau tertakluk pada syarat; atau

(ii) tamat tempoh yang dalam tempoh tersebut AGM berikut perlu

diadakan selepas tarikh ini menurut undang-undang yang berkuat

kuasa; atau

(iii) dibatalkan atau diubah suai oleh Resolusi Biasa yang diluluskan oleh

para pemegang saham Syarikat dalam mesyuarat agung,

mengikut mana yang berlaku dahulu, dan

(d) setelah penyempurnaan pembelian Saham SunCity oleh Syarikat, para

Pengarah Syarikat adalah dan dengan ini diberi kuasa untuk membatalkan

Saham SunCity yang dibeli atau untuk menyimpan Saham SunCity yang

dibeli sebagai saham perbendaharaan (yang boleh diagihkan sebagai

dividen kepada para pemegang saham dan/atau dijual semula di Bursa

Securities dan/atau selanjutnya dibatalkan), atau disimpan sebahagian

daripada Saham SunCity yang telah dibeli sebagai saham perbendaharaan

dan yang selebihnya dibatalkan dan mengikut apa jua kaedah yang

ditetapkan oleh Akta, peraturan, kawal selia dan perintah yang dibuat

menurut Akta, Keperluan Penyenaraian Bursa Securities dan lain-lain

autoriti yang berkuasa buat masa ini.

DAN BAHAWA para Pengarah Syarikat adalah dan dengan ini diberi kuasa

untuk mengambil segala langkah seperti yang diperlukan atau wajar untuk

melaksanakan, memuktamadkan atau untuk menguatkuasakan pembelian

Saham SunCity dengan kuasa penuh untuk bersetuju dengan sebarang syarat,

pengubahsuaian, perubahan dan/atau pindaan seperti yang diperlukan atau

dikenakan oleh autoriti yang berkaitan dan melakukan kesemua tindakan dan

perkara (termasuk menyempurnakan kesemua dokumen) seperti yang para

Pengarah rasakan patut dan wajar demi kepentingan Syarikat.” (Resolusi Biasa 10)

8. RESOLUSI KHAS:

Mengusulkan Pindaan kepada Artikel 129 Tataurusan Pertubuhan

Syarikat mengenai Pembayaran Dividen Elektronik (eDividen)

“BAHAWA Tataurusan Pertubuhan Syarikat adalah dengan ini dipinda dengan

menghapuskan Artikel 129 yang sedia ada secara keseluruhannya dan

menggantikannya dengan Artikel 129 yang baharu seperti berikut:-

Artikel 129 sedia ada

Notis Mesyuarat Agung Tahunan Ke-27

Kecuali bagi dividen yang perlu diagihkan seperti yang dibenarkan oleh

Artikel 124, sebarang dividen, faedah atau wang lain yang pelu dibayar

secara tunai berkaitan saham boleh dibayar melalui cek atau waran dan

penghantaran tunai melalui pos yang dialamatkan kepada alamat berdaftar

pemegang, tertakluk pada Akta Syarikat, Akta Depositori Pusat dan Peraturan,

atau jika beberapa orang berhak untuk menerimanya akibat kematian atau

kebankrapan pemegang, kepada mana-mana seorang (1) daripada individu

tersebut atau kepada individu yang dan kepada alamat yang individu tersebut

boleh arahkan secara bertulis. Setiap cek atau waran berkaitan hendaklah

dibuat atas nama individu yang kepadanya cek atau waran ini dihantar atau

kepada individu yang pemegang atau individu atau individu-individu yang

berhak ke atas saham akibat kematian atau kebankrapan pemegang boleh

arahkan dan pembayaran apa-apa cek atau waran hendaklah berfungsi

sebagai perlaksanaan yang baik bagi Syarikat bagi dividen yang diwakili

olehnya. Setiap cek atau waran berkaitan hendaklah dihantar atas risiko

individu yang berhak ke atas wang yang diwakili oleh cek atau waran ini.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 299

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!