24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

296

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Notis Mesyuarat Agung Tahunan Ke-27

NOTIS ADALAH DENGAN INI DIBERI BAHAWA Mesyuarat Agung Tahunan ke-27 bagi SUNWAY CITY BERHAD

(87564-X) akan diadakan di Grand Bahamas, Aras 12, Sunway Resort Hotel & Spa, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway,

46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan pada hari Jumaat, 25 Jun 2010 sebaik sahaja tamat atau penundaan

(mengikut mana yang berkenaan) Mesyuarat Agung Tahunan ke-26 yang akan diadakan pada 4.00 petang pada

hari yang sama di tempat yang sama, untuk tujuan berikut:-

SEBAGAI URUSAN BIASA

1. Untuk memilih semula para Pegarah berikut:-

1.1 Tan Sri Dato’ Seri Dr Jeffrey Cheah Fook Ling bersara mengikut giliran

menurut Artikel 78 Tataurusan Pertubuhan Syarikat dan memandangkan

beliau layak, menawarkan diri untuk dipilih semula.

1.2 Ngeow Voon Yean bersara mengikut giliran menurut Artikel 78 Tataurusan

Pertubuhan Syarikat dan memandangkan beliau layak, menawarkan diri

untuk dipilih semula.

1.3 Ngian Siew Siong bersara mengikut giliran menurut Artikel 78 Tataurusan

Pertubuhan Syarikat dan memandangkan beliau layak, menawarkan diri

untuk dipilih semula.

2. Untuk mempertimbangkan dan sekiranya didapati wajar, meluluskan resolusi

berikut menurut Seksyen 129 Akta Syarikat 1965:-

2.1 “BAHAWA menurut Seksyen 129 Akta Syarikat, 1965, Tan Sri Dato’ Ir Talha

Bin Haji Mohd Hashim yang berusia lebih daripada 70 tahun, adalah dan

dengan ini dilantik semula sebagai Pengarah Syarikat untuk memegang

jawatan tersebut sehingga berakhir Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat

yang berikut.”

2.2 “BAHAWA menurut Seksyen 129 Akta Syarikat, 1965, Datuk Razman M

Hashim yang berusia lebih daripada 70 tahun, adalah dan dengan ini dilantik

semula sebagai Pengarah Syarikat untuk memegang jawatan tersebut

sehingga berakhir Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat yang berikut.”

(Resolusi Biasa 1)

(Resolusi Biasa 2)

(Resolusi Biasa 3)

(Resolusi Biasa 4)

(Resolusi Biasa 5)

3. Untuk melantik semula Tetuan Ernst & Young sebagai Juruaudit Syarikat untuk

tahun berikut dan memberi kuasa kepada para Pengarah untuk menetapkan

saraan mereka. (Resolusi Biasa 6)

SEBAGAI URUSAN KHAS

Untuk mempertimbangkan, dan sekiranya didapati wajar, meluluskan Resolusi berikut:-

4. RESOLUSI BIASA:

Autoriti untuk Menerbitkan Saham menurut Seksyen132D Akta Syarikat,

1965

“BAHAWA, tertakluk sentiasa pada Akta Syarikat 1965, Tata Urusan Pertubuhan

Syarikat dan kelulusan daripada pihak kerajaan dan/atau pihak berkuasa

pengawalaturan yang berkaitan, Para Pengarah adalah dan dengan ini diberi

kuasa, mengikut Seksyen 132D Akta Syarikat, 1965, untuk menerbitkan dan

mengagihkan saham baru dalam Syarikat pada bila-bila masa dan pada harga

tertentu, menurut terma dan syarat yang tertentu, bagi tujuan tertentu dan

kepada mana-mana jua individu (-individu) tertentu seperti yang para Pengarah

boleh menurut budi bicara mutlak mereka rasakan patut dan wajar demi

kepentingan Syarikat, dengan syarat agregat bilangan saham yang diterbitkan

menurut resolusi ini tidak melebihi sepuluh peratus (10%) daripada jumlah

saham yang diterbitkan oleh Syarikat buat masa ini dan BAHAWA para Pengarah

adalah dan diberi kuasa untuk memperoleh kelulusan daripada Bursa Malaysia

Securities Berhad untuk penyenaraian bagi dan sebut harga bagi saham

tambahan yang diterbitkan dan BAHAWA autoriti tersebut hendaklah terus

berkuat kuasa sehingga tamat Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat yang berikut.” (Resolusi Biasa7)

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!