24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

276

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Nota yang mengiringi Penyata Kewangan 31 Disember 2009

53. Peristiwa Penting Sepanjang Tempoh Kewangan Ini (samb.)

Selepas itu, pada 8 Disember 2009, Syarikat telah mengumumkan bahawa Suncity Vietnam Sdn. Bhd. telah

menandatangani Perjanjian Tambahan pada tarikh yang sama dengan Vendor untuk melanjutkan Tempoh

Pemenuhan Syarat bagi Cadangan Pengambilalihan ini untuk 6 bulan lagi, dan akan tamat tempoh pada 9

Jun 2010 atau tempoh lain yang semua pihak mungkin persetujui.

Cadangan Pengambilalihan belum sempurna pada tarikh laporan ini.

54. Peristiwa Selepas Akhir Tempoh Kewangan

Cadangan Amanah Pelaburan Harta Tanah (“REIT”)

Pada 11 Februari 2010, pihak Lembaga Pengarah mengumumkan bahawa Syarikat telah melantik CIMB

Investment Bank Berhad, Credit Suisse (Singapore) Limited (“Credit Suisse”), The Hongkong and Shanghai

Banking Corporation Limited, J.P Morgan Securities Limited, Maybank Investment Bank Berhad dan RHB

Investment Bank Berhad (“RHB Investment Bank”) sebagai bookrunner atau penaja jamin bersama bagi

cadangan tawaran awam pertama bagi Amanah Pelaburan Harta Tanah Syarikat (“Cadangan REIT”).

Syarikat telah selanjutnya melantik RHB Investment Bank dan Credit Suisse sebagai penyelaras global

bersama, serta RHB Investment Bank sebagai penasihat kewangan bagi Cadangan REIT ini.

Selanjutnya pada 7 April 2010, RHB Investment Bank, telah mengumumkan bagi pihak Syarikat, bahawa

permohonan kepada Suruhanjaya Sekuriti (“SC”) menurut Garis Panduan REIT yang dikeluarkan oleh SC telah

dikemukakan pada 6 April 2010.

Pada tarikh laporan ini, tidak terdapat maklumat kemas kini lanjut bagi Cadangan REIT ini.

55. Perbandingan

Akhir tahun kewangan Syarikat dan kesemua subsidiarinya ditukar dari 30 Jun ke 31 Disember. Selaras

dengan itu, penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009

meliputi tempoh 18 bulan berbanding tahun kewangan yang berakhir 30 Jun 2008 yang meliputi tempoh

12 bulan, dengan itu jumlah perbandingan tidak berkaitan dengan tempoh yang boleh dibandingkan.

56. Pelarasan Tahun Terdahulu

Pada Disember 2004 dan Disember 2006, Syarikat telah menyertai dua perjanjian usaha sama berasingan

dengan Medallion Development Sdn. Bhd. dan Fawanis Sdn. Bhd. (“Rakan Usaha Sama”) masing-masing

untuk mengusahakan aktiviti pembangunan hartanah di atas tanah milik Rakan Usaha Sama masing-masing.

Syarikat telah sebelum ini mengambil kira transaksi tersebut dengan menggunakan prinsip operasi dikawal

bersama dan selaras dengan itu telah mengambil kira bahagiannya dalam perbelanjaan dan pendapatan

usaha sama tersebut dalam penyata kewangan yang berasingan.

Walau bagaimanapun Syarikat telah menilai semula perjanjian usaha sama yang dinyatakan di atas dan

keperluan dalam ruang lingkup FRS131: Kepentingan dalam Usaha Sama dalam tempoh kewangan semasa

dan memutuskan bahawa sifat dan inti pati usaha sama ini bersifat Entiti Dikawal Bersama dan sebaliknya

bukan Operasi Dikawal Bersama. Maka dengan itu, ia telah menyebabkan pernyataan semula aset, liabiliti

serta penyelarasan pendapatan dan perbelanjaan Kumpulan dan Syarikat yang berkaitan dengan tahun

semasa dan terdahulu agar mencerminkan perubahan sifat usaha sama yang dinyatakan di atas.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!