24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Nota yang mengiringi Penyata Kewangan 31 Disember 2009

53. Peristiwa Penting Sepanjang Tempoh Kewangan Ini

Cadangan pemerolehan Hochimex Nominee Company Limited dan subsidiarinya (“Cadangan

Pemerolehan”).

Pada 10 Jun 2009, pihak Lembaga Pengarah telah mengumumkan bahawa Suncity Vietnam Sdn. Bhd.

(dahulunya dikenali sebagai Mega Methods Sdn. Bhd.) (“Suncity Vietnam”), sebuah syarikat milik penuh

Syarikat telah pada 9 Jun 2009, menandatangani perjanjian jual beli saham (“SPA”) dengan Sunway Holdings

(Vietnam) Sdn. Bhd. dan Sunway Property (China) Limited (“Vendors”), sebagai subsidiari Sunway Holdings

untuk cadangan pengambilalihan keseluruhan modal saham dalam terbitan dan berbayar Hochimex

Nominee Company Limited (“Hochimex”) dan subsidiarinya, Sunway Hotel Hanoi Liability Limited Company

(“SHHLLC”) untuk imbalan berjumlah USD$17 juta (bersamaan hampir RM59.33 juta).

SHHLLC adalah subsidiari milik penuh Hochimex dan pengendali hotel di Hanoi, Vietnam yang dikenali

sebagai “Sunway Hotel Hanoi”.

Terma penting SPA ini, antara lain, adalah seperti berikut:

(a) Setelah penyempurnaan SPA, Suncity Vietnam hendaklah membayar USD1.7 juta (“Deposit”) kepada

Vendor sebagai wang cengkeram dan sebahagian daripada pembayaran Imbalan Pembelian.

(b) Obligasi pihak-pihak yang terlibat untuk menyempurnakan jual beli Saham menurut perjanjian

ini bergantung pada pemenuhan syarat berikut, antara lain, pada atau sebelum tamat Tempoh

Pemenuhan Syarat (seperti yang ditakrifkan dalam perjanjian ini):-

(i) kelulusan pemegang saham Vendor berkenaan dalam mesyuarat agung yang diperoleh untuk

jualan Saham berkaitan oleh Vendor berkaitan menurut terma dan syarat SPA;

(ii) kelulusan pemegang saham Syarikat berikut dalam mesyuarat agung yang diperoleh untuk

jualan Saham berkaitan oleh Vendor berkaitan menurut terma dan syarat SPA;

(iii) kelulusan pemegang saham Pembeli berkenaan dalam mesyuarat agung yang diperoleh untuk

pembelian Saham berkaitan menurut terma dan SPA;

(iv) Pembeli berpuas hati atau disifatkan sebagai berpuas hati dengan keputusan audit usaha wajar

undang-undang dan kewangan yang dijalankan ke atas Hochimex dan SHHLLC; dan

(v) Vendor memperoleh kontrak pajakan tanah yang perlu ditandatangani di antara SHHLLC dan

Jabatan Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perumahan Hanoi, untuk pajakan Tanah tersebut selama

45 tahun bermula dari 9 Oktober 1992.

“Tempoh Pemenuhan Syarat” hendaklah bermaksud:-

- Dua bulan dari dan tidak termasuk tarikh SPA atau tarikh selepas itu seperti yang dipersetujui oleh

pihak-pihak berkaitan secara bertulis yang perlu untuk memenuhi syarat dalam item (b)(iv) di atas; dan

- Enam bulan dari dan tidak termasuk tarikh SPA atau tarikh selepas itu seperti yang dipersetujui oleh

pihak-pihak berkaitan secara bertulis yang perlu untuk memenuhi syarat dalam item (b)(i), (ii), (iii) dan

(v) di atas.

(c) Jika sebarang kelulusan atau persetujuan yang dirujuk dalam item (b) dinafikan atau sebarang syarat

yang dirujuk dalam item (b) tidak diperoleh atau tidak dipenuhi sehingga tamat Tempoh Pemenuhan

Syarat ini, mana-mana pihak boleh menamatkan SPA dengan memberi notis secara bertulis kepada

pihak lagi satu. Setelah notis tersebut diterima oleh mana-mana pihak, SPA ini akan tamat dengan

serta merta. Vendor hendaklah mengembalikan Deposit tanpa faedah kepada Pembeli dalam tempoh

14 hari niaga dari notis penamatan dan selepas itu tiada pihak mempunyai sebarang tuntutan lanjut

terhadap pihak lain menurut SPA ini kecuali sebarang pelanggaran yang berlaku sebelum itu.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 275

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!