24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

52. Maklumat Mengikut Segmen

(a) Format laporan

Format laporan mengikut segmen utama ditetapkan sebagai segmen perniagaan memandangkan

risiko dan kadar pulangan Kumpulan dipengaruhi sebahagian besarnya oleh perbezaan dalam produk

dan perkhidmatan yang dihasilkan. Maklumat kedua dilaporkan berdasarkan kedudukan geografi.

Perniagaan yang beroperasi disusun dan diurus secara berasingan berdasarkan sifat produk dan

perkhidmatan yang disediakan, dengan setiap segmen mewakili satu unit perniagaan strategik yang

menawarkan produk berbeza dan memberi khidmat kepada pasaran yang berbeza.

(b) Segmen perniagaan

Kumpulan merangkumi segmen perniagaan utama berikut:

(i) Pembangunan hartanah – pembangunan hartanah kediaman dan komersil;

(ii) Pelaburan hartanah – pengurusan dan operasi pusat beli belah dan hartanah sewaan;

(iii) Riadah – operasi taman tema, yang menyediakan kemudahan kelab rekreasi, agensi

pelancongan dan perniagaan perkongsian masa;

(iv) Hospitaliti – pengurusan dan operasi hotel; dan

(v) Penjagaan kesihatan – pengurusan dan operasi pusat perubatan.

(c) Segmen geografi

Nota yang mengiringi Penyata Kewangan 31 Disember 2009

Segmen geografi Kumpulan berasaskan lokasi aset Kumpulan. Jualan kepada para pelanggan luar

yang dibentangkan dalam segmen geografi adalah berdasarkan lokasi pelanggan dari segi geografi.

Tiga segmen perniagaan Kumpulan beroperasi di tiga kawasan geografi utama:

(i) Malaysia – operasi di kawasan ini merangkumi terutamanya pembangunan hartanah, pelaburan

hartanah, riadah, hospitaliti dan penjagaan kesihatan;

(ii) Asia (tidak termasuk Malaysia) – operasi dalam kawasan ini merangkumi terutamanya hospitaliti;

dan

(iii) Australia – operasi di kawasan ini merangkumi terutamanya riadah dan telah ditamatkan pada

tahun kewangan lalu.

(d) Asas pengagihan dan penentuan harga pindahan

Keputusan segmen, aset dan liabiliti termasuk butiran yang berkaitan secara langsung kepada

sesuatu segmen serta yang boleh diperuntukkan mengikut asas yang munasabah. Item yang tidak

diperuntukkan terdiri terutamanya daripada aset, liabiliti dan perbelanjaan syarikat.

Penentuan harga pindahan di antara segmen perniagaan ditentukan berdasarkan urus niaga tulus,

sama seperti transaksi dengan pihak ketiga. Hasil, perbelanjaan dan keputusan segmen merangkumi

pindahan di antara segmen perniagaan. Pindahan ini dihapuskan semasa penyatuan.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 271

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!