24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

268

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Nota yang mengiringi Penyata Kewangan 31 Disember 2009

51. Instrumen Kewangan

(a) Objektif dan dasar pengurusan risiko kewangan

Dasar pengurusan risiko kewangan Kumpulan berusaha untuk memastikan sumber kewangan yang

mencukupi untuk membangunkan perniagaan Kumpulan sementara mengurus risiko kadar faedah

(kedua-dua nilai saksama dan aliran tunai), risiko mata wang asing, risiko kecairan dan risiko kredit.

Pihak lembaga pengarah menyemak semula dan mempersetujui dasar bagi menurus setiap risiko ini

dan ia diringkaskan seperti berikut. Menjadi dasar sepanjang tahun dalam kajian ini, bahawa Kumpulan

tidak akan mengendalikan sebarang perdagangan instrumen kewangan terbitan.

(b) Risiko kadar faedah

Risiko kadar faedah aliran tunai adalah risiko naik turun aliran tunai masa hadapan instrumen

kewangan disebabkan oleh perubahan kadar faedah pasaran. Risiko kadar faedah nilai saksama adalah

risiko naik turun instrumen kewangan disebabkan oleh perubahan dalam kadar faedah pasaran. Oleh

kerana Kumpulan tidak mempunyai sebarang aset kewangan yang menanggung faedah yang ketara,

aliran tunai pendaptan dan operasinya tidak bergantung pada perubahan kadar faedah pasaran. Aset

kewangan yang menanggung Kumpulan sebahagian besarnya bersifat jangka pendek dan telah

diletakkan terutamanya dalam deposit tetap.

Risiko kadar faedah Kumpulan berpunca terutamanya daripada peminjaman yang menanggung

faedah. Peminjaman pada kadar terapung mendedahkan Kumpulan kepada risiko kadar faedah aliran

tunai. Peminjaman yang diperoleh pada kadar tetap mendedahkan Kumpulan kepada risiko kadar

faedah nilai saksama. Kumpulan mengurus pendedahan kadar faedahnya dengan menyelia gabungan

peminjaman kadar tetap dan terapung.

Maklumat mengenai tarikh matang dan kadar faedah berkesan bagi aset dan liabiliti kewangan

dizahirkan dalam nota berkaitan.

(c) Risiko mata wang asing

Kumpulan tidak terdedah secara ketara kepada risiko mata wang asing kerana sebahagian besar

transaksi, aset dan liabiliti Kumpulan adalah dalam denominasi Ringgit Malaysia kecuali bagi mata

wang asing yang berpunca daripada negara yang mempunyai operasi subsidiari luar negara. Mata

wang yang mengakibatkan risiko ini terutamanya adalah Dolar Amerika Syarikat, Dolar Australia,

Dolar Hong Kong, Dolar Singapura dan Rupee India. Pendedahan mata wang asing dalam mata wang

yang digunakan untuk urus niaga selain daripada mata wang kefungsian bagi entiti yang beroperasi

dipastikan pada paras yang boleh diterima.

Kumpulan mengekalkan perlindungan nilai natural, di mana mungkin, dengan meminjam dalam mata

wang negara hartanah atau pelaburan ditempatkan atau meminjam dalam mata wang yang sepadan

dengan aliran hasil masa hadapan yang akan dijana oleh pelaburannya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!