24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

246

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Nota yang mengiringi Penyata Kewangan 31 Disember 2009

43. Rizab (samb.)

Perubahan setiap kategori rizab dibentangkan dalam penyata perubahan ekuiti.

Sifat dan tujuan setiap kategori rizab adalah seperti berikut:

(a) Rizab modal

Rizab modal mewakili pembentukan rizab penebusan modal yang berpunca daripada penebusan

saham keutamaan boleh tebus dalam subsidiari tertentu.

(b) Rizab opsyen saham

Rizab opsyen saham mewakili opsyen saham diselesaikan dengan ekuiti yang diberi kepada para

pekerja. Rizab ini terdiri daripada nilai terkumpul perkhidmatan yang diterima daripada para pekerja

yang direkodkan semasa opsyen saham diberi.

(c) Rizab terjemahan mata wang asing

Rizab terjemahan mata wang asing digunakan untuk mencatatkan perbezaan pertukaran mata

wang yang berpunca daripada terjemahan penyata kewangan operasi luar negara yang mata wang

fungsiannya berbeza daripada mata wang pembentangan Kumpulan. Ia juga digunakan untuk

mencatatkan perbezaan pertukaran mata wang yang berpunca daripada item monetari yang

membentuk sebahagian daripada pelaburan bersih Kumpulan dalam operasi luar, di mana item

monetari ini dalam denominasi sama ada mata wang fungsian entiti yang membuat laporan atau

operasi luar negara.

(d) Untung tertahan

Pada ketika ini, syarikat di Malaysia menerima pakai sistem taksiran penuh. Dalam Bajet 2008, Kerajaan

telah mengumumkan cadangan untuk memperkenalkan sistem cukai satu peringkat bagi syarikat

untuk dikuatkuasakan pada tahun taksiran 2008. Di bawah sistem satu peringkat yang dicadangkan,

Syarikat berhak untuk menolak cukai daripada dividen yang dibayar, dikredit atau diagihkan kepada

para pemegang sahamnya, dan dividen yang dibayar, dikredit atau diagihkan oleh Syarikat akan

dikecualikan daripada cukai apabila sampai ke tangan para pemegang saham. Walau bagaimanapun,

akan terdapat tempoh peralihan enam tahun, yang akan tamat tempoh pada 31 Disember 2013,

untuk membolehkan syarikat membayar dividen yang difrangki kepada para pemegang sahamnya

dalam keadaan yang terhad. Syarikat juga mempunyai opsyen yang tidak boleh dibatalkan untuk

mengabaikan baki kredit cukai di bawah Seksyen 108 Akta Cukai Pendapatan, 1967 dan memilih untuk

membayar dividen di bawah sistem satu peringkat ini. Perubahan yang dicadangkan dalam undangundang

cukai ini juga memperuntukkan agar baki Seksyen 108 direkodkan dan dikekalkan pada

31 Disember 2007.

Semasa tempoh peralihan ini, Syarikat boleh menggunakan baki kredit cukai dalam akaun Seksyen

108 pada 31 Disember 2009 untuk mengagihkan pembayaran dividen tunai kepada pemegang saham

biasa seperti yang dihuraikan dalam ruang lingkup Rang Undang-Undang Kewangan, 2007.

Pada 31 Disember 2009, Syarikat memiliki untung dikecualikan cukai yang sedia untuk diagihkan

berjumlah sekitar RM143,231,000 (2008: RM143,231,000), tertakluk pada persetujuan Lembaga Hasil

Dalam Negeri.

Tertakluk pada persetujuan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Syarikat mempunyai kredit cukai yang

mencukupi di bawah Seksyen 108 dan baki dalam akaun pendapatan dikecualikan cukai untuk

memfrangki pembayaran dividen daripada keseluruhan untung tertahan pada 31 Disember 2009.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!