24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

40. Modal saham (samb.)

Nota yang mengiringi Penyata Kewangan 31 Disember 2009

Pemegang saham biasa berhak untuk menerima dividen seperti yang diisytiharkan dari semasa ke semasa

dan berhak untuk satu undi setiap saham dalam mesyuarat Syarikat. Semua saham biasa ditarafkan sama

dengan aset residual Syarikat.

(a) Sepanjang tempoh kewangan ini, Syarikat menambah modal saham terbitan dan berbayarnya

daripada RM469,918,532 kepada RM469,951,432 melalui penerbitan:

(i) 2,000, saham biasa baru RM1 sesaham yang diterbitkan kepada pekerja Kumpulan yang layak di

bawah Skim Opsyen Saham Pekerja pada harga laksana RM1.00 sesaham biasa masing-masing

untuk tunai; dan

(ii) 30,900 saham biasa baru RM1 sesaham menurut perlaksanaan waran pada harga laksana RM4.87

sesaham biasa untuk imbalan tunai.

Saham biasa baru yang diterbitkan dalam tempoh kewangan semasa ditarafkan pari passu dalam

semua segi dengan saham biasa Syarikat yang sedia ada.

(b) Skim Opsyen Saham Pekerja (‘Skim”) Sunway City Berhad telah dilaksanakan pada 22 September 2003

dan ditadbir oleh undang-undang kecil yang telah diluluskan oleh para pemegang saham pada 26

Ogos 2003. Skim ini adalah untuk para pekerja yang layak (termasuk Pengarah Eksekutif ) Syarikat dan

subsidiarinya.

Ciri utama Skim ini adalah:

(i) Bilangan saham baru yang ditawarkan tidak boleh lebih daripada 10% daripada modal saham

terbitan dan berbayar Syarikat (atau peratus yang lebih tinggi seperti yang boleh dibenarkan

oleh pihak berkuasa kawal selia dari semasa ke semasa) ketika tawaran opsyen di bawah Skim

ini dibuat;

(ii) Hanya para Pengarah dan para pekerja Syarikat dan Kumpulan yang layak sahaja akan berhak

untuk menyertai Skim ini;

(iii) Harga yang perlu dibayar semasa pelaksanaan opsyen yang diberi dalam ruang lingkup Skim ini

berdasarkan harga pasaran wajaran purata lima hari bagi saham Syarikat ketika tawaran diberi

dengan diskaun yang tidak melebihi 10% jika disifatkan sebagai wajar atau pada nilai tara saham

Syarikat, mengikut mana yang lebih tinggi;

(iv) Tempoh Skim ini ialah sepuluh (10) tahun dari tarikh permulaannya;

(v) Bilangan opsyen yang ditawarkan kepada pekerja yang layak menurut Skim ini hendaklah

ditentukan berdasarkan kekananan, prestasi dan tempoh perkhidmatan dan tawaran ini sah

untuk diterima oleh pekerja dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh tawaran; dan

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 241

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!