24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pernyataan

Pengerusi

20

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Melebarkan Batas Sempadan

Rekod prestasi kami yang cemerlang telah mengekalkan

kami dalam senarai sepuluh teratas Anugerah Pemaju

Hartanah Terulung The Edge selama tujuh tahun

berturut-turut. Lantaran itu, pengembangan perniagaan

SunCity di rantau ini dan kemaraannya sebagai pemaju

hartanah terulung rantau ini adalah sesuatu yang berlaku

secara semula jadi. Bagi mencapai hasrat ini, SunCity

menetapkan tempoh lima tahun untuk mencapai sasaran

50% daripada hasil yang diperolehnya daripada projek

luar negara.

SunCity bercadang untuk mengulang kejayaan yang

dicapainya di Malaysia dalam pasaran antarabangsa

dengan menggabungkan pengetahuan dan

kepakarannya selama bertahun-tahun dalam pembinaan

hartanah kediaman dan komersil berkualiti. Dalam hal

ini, SunCity telah meluaskan jangkauannya kepada dua

negara paling ramai penduduk di dunia iaitu India dan

China dengan projek pembangunan hartanah baharu.

Kami amat berbangga kerana telah dipilih oleh Sino-

Singapore Tianjin Eco-City Investment and Development

Co Ltd (“SSTEC”) untuk menyertai projek ‘Tianjin Eco-City’

yang seluas 30 kilometer persegi di China. Kami telah

menandatangani Perjanjian Kerjasama dengan SSTEC

pada 30 April 2010. Ini adalah bukti selanjutnya prestasi

kukuh kami kerana hanya kami, pemaju dari Malaysia

dalam kalangan pemain hartanah terulung antarabangsa

dari Hong Kong, Taiwan, Jepun, Singapura dan China.

SunCity akan memajukan 102 ekar tanah di ‘Tianjin

Eco-City’ dan menerapkan konsep LOHAS di sana,

menjadikan projek tersebut yang pertama sepertinya di

China. Projek ini dijangka akan dimajukan dalam tempoh

5 tahun dan jangkaan nilai pembangunan kasar adalah

sebanyak RM5 bilion.

Bagi mengukuhkan lagi kedudukan kami dalam senario

hartanah antarabangsa, pengurus yang cekap dan

berpengalaman juga penting bagi memimpin pasukan

menuju puncak kejayaan. Saya mengucapkan berbanyakbanyak

terima kasih kepada Encik Ngian Siew Siong atas

usaha beliau melaksanakan tugas yang sangat penting

iaitu menumpukan fokus dan membangunkan Kumpulan

ke tahap konglomerat hartanah peringkat global.

Pengalaman luas dan pemahaman mendalam beliau

tentang sektor hartanah meyakinkan saya bahawa Encik

Ngian akan memberi nilai yang tinggi dalam pembesaran

dan pembangunan Bahagian Pembangunan Hartanah

Antarabangsa.

Selain daripada Bahagian Pembangunan Hartanah,

Bahagian Hospitaliti kami, ‘Sunway International Hotels

& Resorts’, juga sudah bersedia dengan rancangan

pembesarannya di rantau ini. Kami telah dilantik oleh

Perfect (China) Co. Ltd untuk menguruskan Hotel Golden

Diamond di Zhongshan, China. Di samping itu, kami juga

memperoleh kontrak pengurusan sebuah kompleks belibelah

daripada ‘Yitian Holiday Plaza’ di Shenzhen, China.

Kompleks beli-belah ini telah dilancarkan pada bulan

September 2008 telah dihuni sepenuhnya oleh pelbagai

jenama tempatan dan antarabangsa. Ini memberi kami

peluang untuk membesarkan Bahagian Pelaburan

Hartanah dan Hospitaliti kami di samping berkongsi

kepakaran dan pengetahuan di peringkat global.

Mengukuhkan Keberadaan Kami di

Dalam Negara

Kejayaan SunCity melancarkan ‘Sunway SPK 3 Harmoni

Garden Homes’ telah mengukuhkan lagi keberadaan

kami di dalam negara. Penawaran rumah bandar tersebut

menerima sambutan hebat dengan 80% daripada unitnya

dijual dalam tempoh seminggu selepas dilancarkan.

Projek dalam perancangan pula ialah Sunway VeloCity,

sebuah pembangunan berintegrasi terdiri daripada

apartmen perkhidmatan, suite perniagaan, ruang runcit

dan kompleks beli-belah gaya hidup yang bersemangat

dan bertenaga bernilai RM1.5 bilion. Kompleks ini terletak

di atas tanah pegangan bebas terbaik seluas 22 ekar,

dengan lokasi strategik, 5 kilometer dari pusat bandar

raya Kuala Lumpur. Pembangunan mengujakan ini akan

merubah latar langit Kuala Lumpur Selatan.

Sejajar dengan strategi Kumpulan untuk memperoleh

bank tanah di lokasi menarik, kami akan terus meninjau

bank tanah berpotensi bagi mendapatkan nilai lebih baik.

Selain daripada ini, Kumpulan juga akan menambah

lebih banyak aset pelaburan berhasil tinggi kepada

portfolionya termasuk bangunan komersil kegunaan

bercampur 28 tingkat dengan elemen pejabat dan runcit

dan 1,027 tempat letak kereta bersebelahan Sunway

Pyramid dan bangunan pejabat 25 tingkat terletak di

antara dua jalan utama di ‘Sunway Integrated Resort

City’. Kedua-dua pembangunan yang dicadangkan akan

meningkatkan peluang komersil dan runcit di ‘Sunway

Integrated Resort City’.

Anugerah dan Penghormatan

Dengan segala sukacitanya saya memaklumkan, sekali

lagi SunCity telah diberi penghormatan melalui beberapa

anugerah penting dan sanjungan yang mengiktiraf

sumbangan dan pencapaian kami dalam pasaran.

Selama tujuh tahun berturut-turut, Kumpulan telah

dianugerahkan Anugerah Pemaju Hartanah Terulung

The Edge. Penghormatan ini adalah sesuatu yang

unggul kerana anugerah ini adalah alat tanda aras yang

membariskan pemain hartanah negara yang terbaik

dari segi prestasi kewangan, kualiti, inovasi, kreativiti dan

penciptaan nilai untuk pembeli.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!