24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Untuk membuka

Nilai REIT

Pengembangan

Regional

Kami sedar pembeli rumah sekarang semakin canggih

dalam pemilihan hartanah mereka. Kriteria utama

yang diinginkan oleh pembeli rumah adalah ciri-ciri

keselamatan menyeluruh, reka bentuk kotemporari dan

mesra alam serta persekitaran yang dipenuhi perpohonan

yang menghijau. Oleh sebab itu, kami akan terus

menerapkan falsafah LOHAS dalam projek-projek kami

di masa hadapan dengan tujuan melimpahi kehidupan

pelanggan yang kami hargai dengan kesejahteraan.

Situasi Pasaran

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, tahun 2009

adalah tahun yang penuh cabaran di dalam dan luar

negara. Mujurlah keadaan ekonomi secara keseluruhannya

pada tahun 2010 semakin baik. Ini adalah hasil inisiatif

rangsangan oleh penguat-penguat kuasa monetari global

dan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia yang melaksanakan

rancangan pemulihan peringkat global. Berdasarkan

usaha tersebut dan permintaan pengguna yang semakin

bertambah, ekonomi global pada waktu ini dijangka akan

tumbuh pada kadar lebih selesa.

Di Malaysia, ekonomi global yang dijangka akan pulih ini

mendorong kerajaan meramalkan pertumbuhan ekonomi

sebanyak 4.5% ke 5% bagi tahun 2010 setelah mengalami

penguncupan 1.7% pada tahun 2009. Perkara ini diharap

menjadi tanda keadaan akan bertambah baik pada masa

yang akan datang. Tambahan lagi, pasaran hartanah

kediaman telah pulih daripada kesan krisis ekonomi global.

Walaupun Bank Negara Malaysia telah menaikkan kadar

faedah sebanyak 25 mata asas, kenaikan ini dijangka tidak

akan memberi kesan ke atas pasaran hartanah. Jangkaan

pasaran hartanah di Malaysia kekal positif dengan kadar

pemulihan kukuh di semua sektor.

Pemerolehan

Bank Tanah

Membangunkan

Aset Pelaburan

Baru

Konglomerat

Harta Tanah

Bersepadu

Pertama

Strategi pertumbuhan dinamik SunCity.

Model Ekonomi Baru yang diumumkan oleh Perdana

Menteri kita Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak juga akan

membantu memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Di peringkat antarabangsa, strategi SunCity untuk

meluaskan perniagaan di China dan India telah disokong

oleh jangkaan ekonomi yang cergas di kedua-dua negara

dengan pertumbuhan produk domestik kasar masingmasing

sebanyak 9.6% dan 8.2% (seperti yang diramalkan

oleh Asian Development Bank).

Melangkah ke Fasa Pertumbuhan

Seterusnya

Seperti yang disebutkan sebelum ini, model perniagaan

“Terbaik Daripada Dua Dunia” SunCity telah membolehkan

kami memanfaatkan pendapatan stabil yang kami peroleh

daripada aktiviti pelaburan hartanah untuk mendanai

perniagaan pembangunan hartanah pertumbuhan

tinggi kami.

Waktu ini ternyata paling sesuai untuk kami bergerak

ke peringkat lebih tinggi pada rantaian nilai kerana

sebahagian besar aset pelaburan sekarang ini memperoleh

pulangan yang baik. Sebagai sebahagian daripada strategi

pertumbuhan, kami telah bersedia untuk mencungkil nilai

aset pelaburan ini dengan menyuntiknya ke dalam suatu

Dana Amanah Pelaburan Harta Tanah (“REIT”). Pada pendapat

kami, REIT adalah peluang untuk melabur semula hasil

yang diperoleh kepada pelaburan hartanah baharu dan

merangsang prestasi Bahagian Hartanah kami. Strategi REIT

ini akan meletakkan kami pada kedudukan unik sebagai

konglomerat hartanah berintegrasi pertama di Malaysia.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 19

Pernyataan

Pengerusi

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!