24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

216

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Nota yang mengiringi Penyata Kewangan 31 Disember 2009

21. Pelaburan dalam Entiti Dikawal Bersama (samb.)

Dalam tahun kewangan terdahulu, Kumpulan memperoleh 50% kepentingan ekuiti dalam Sunway Opus

International Private Limited untuk imbalan tunai berjumlah INR350,000,000 (lebih kurang RM30,079,398).

Seperti yang dilaporkan mengenai usaha sama antara Syarikat dengan SunwayMas Sdn Bhd (“SunwayMas”)

dalam tahun kewangan terdahulu, iaitu untuk tujuan mengendalikan projek pembangunan hartanah di

atas sebidang tanah di Jiangyin, China melalui Sunway Real Estate (China) Limited (“Sunway Real Estate”) ,

Syarikat telah menandatangani perjanjian berikut dengan SunwayMas:

(a) Perjanjian Pemegang Saham berkaitan usaha sama Sunway Real Estate pada 27 Jun 2008; dan

(b) Perjanjian Langganan bertarikh 11 Julai 2008 untuk langganan saham biasa baharu HK$1.00 sesaham

dan saham keutamaan boleh tebus (“RPS”) baharu HK$0.01 sesaham pada harga terbitan HK$1.00

sesaham dalam Sunway Real Estate.

Selanjutnya pada 27 Jun 2008, Sunway Real Estate telah menyertai Perjanjian Induk, Perjanjian Usaha Sama

Ekuiti, Perjanjian Langganan Modal Saham dan Tataurusan Pertubuhan Syarikat Jiangyin Guang Hao Real

Estate Development Co. Ltd. (“Jiangyin Guanghao”) dan Shanghai Guang Hao Real Estate Development

Group Co. Ltd. (“Shanghai Guanghao”) dan Jiangyin Guanghao berhubung usaha sama antara Sunway

Real Estate dengan Shanghai Guanghao di Jiangyin Guanghao (dirujuk secara kolektif sebagai “Perjanjian

Definitif”).

Dalam tahun kewangan semasa, pada 27 Ogos 2009, Syarikat dan SunwayMas telah menyertai Perjanjian

Tambahan kepada Perjanjian Langganan yang bertarikh 11 Julai 2008 dengan Sunway Real Estate untuk

melanjutkan syarat pemenuhan tempoh kepada 31 Ogos 2009 dan menukar jumlah bilangan RPS yang

akan dilanggan oleh Syarikat dan SunwayMas dalam Sunway Real Estate seperti berikut:

(a) Syarikat akan melanggan 89,659,158 RPS dan sebaliknya bukan 88,800,000 RPS; dan

(b) SunwayMas akan melanggan 60,675,949 RPS dan sebaliknya bukan 59,200,000 RPS.

Dengan pemenuhan semua prasyarat yang dinyatakan dalam Perjanjian Tambahan (seperti yang dipinda

oleh Perjanjian Tambahan), Syarikat dan SunwayMas, telah melanggan 9,990 saham biasa HK$1.00 sesaham

dan 120,873,350 RPS HK$0.01 sesaham pada harga terbitan HK$1.00 sesaham yang selebihnya dalam

Sunway Real Estate, pada 27 Ogos 2009 dan butirannya dibentangkan seperti berikut:

Saham Peratus

Nama pemegang saham biasa RPS pemegangan saham

Suncity 5,994 71,982,104 60%

SunwayMas 3,996 48,891,246 40%

9,990 120,873,350 100%

Syarikat dan SunwayMas telah masing-masing melanggan 17,677,054 RPS dan 11,784,703 RPS, sebelum ini.

Setelah semua prasyarat yang dinyatakan dalam Perjanjian Definitif dipenuhi, pada 27 Ogos 2009, Sunway

Real Estate telah melanggan sepenuhnya baki bahagian sahamnya dalam Jiangyin Guanghao untuk jumlah

tunai RMB104,000,000 (yang hampir sama dengan RM53.8 juta) menurut terma Perjanjian Definitif tersebut.

Dengan itu, Jiangyin Guanghao menjadi subsidiari 65% milik Sunway Real Estate.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!