24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pernyataan

Pengerusi

18

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Pelancaran ‘Sunway Tower 2’ oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Bahagian Hospitaliti juga telah mencatatkan satu lagi

pencapaian dengan pembukaan ‘The Banjaran Hotsprings

Retreat’ di Tambun, Ipoh. Kami yakin pusat peranginan

kesejahteraan mewah mesra alam yang mempunyai 25

vila dan sebuah spa holistik ini akan memainkan peranan

penting dalam mempromosi Malaysia sebagai destinasi

baharu dalam industri pelancongan kesejahteraan. Spa ini

terletak di sebuah lembah seluas 56 ekar dipinggiri oleh

beberapa buah bukit, dibina di kelilingi mata air panas

tertutup semula jadi dan salah satu daripada hutan hujan

tertua di dunia. ‘The Banjaran Hotsprings Retreat’ juga telah

dinamakan sebagai salah satu daripada tempat peranginan

kerohanian Sepuluh Paling Teratas di Asia oleh Asia Spa.

Bahagian Riadah terus memperhebat keseronokan yang

ditawarkannya di Sunway Lagoon dan ‘Lost World of

Tambun’. Kedua-dua taman tema tersebut telah semakin

berkembang dari hari ke hari dan telah menerima

bilangan pengunjung yang tinggi sepanjang tahun. Di

samping itu juga, kedua-dua taman tema tersebut telah

meletakkan Malaysia di peta dunia sebagai destinasi libur

terunggul. Kami juga dengan bangganya mengumumkan

Sunway Lagoon telah memenangi Anugerah Tempat

Paling Menarik Asia bagi kali ketiga berturut-turut.

Sunway Lagoon telah menjadi tempat pilihan penganjur

untuk banyak acara antarabangsa termasuklah MTV World

Stage LIVE di Malaysia yang menarik pengunjung seramai

15,000 orang dan telah disiarkan di lebih 44 saluran MTV

berlainan kepada penonton seramai 600 juta isi rumah di

seluruh dunia.

Perluasan Pusat Perubatan Sunway yang dimulakan

pada tahun 2006 telah selesai pada bulan Disember

2009. Perluasan ini memantapkan lagi kedudukan

Pusat Perubatan Sunway sebagai peserta utama dalam

industri perubatan dan akan memainkan peranan lebih

besar dalam menyokong rancangan kerajaan untuk

membesarkan industri pelancongan perubatan.

Peneraju Pemaju Pakar Komuniti

SunCity bersungguh-sungguh dengan peranannya

sebagai peneraju pemaju pakar komuniti. Kejayaannya

merubah 800 ekar tanah terbiar kepada ‘Sunway

Integrated Resort City’ yang mengagumkan sekarang

masih lagi terserlah dalam ketekalan Kumpulan untuk

terus menyampaikan produk bernilai kepada pelanggan

dan pemegang sahamnya.

Walaupun kerjanya mencabar, dengan semangat yang

ditunjukkan oleh semua yang terlibat, kami telah berjaya

merubah bekas lombong terbiar dan tidak dipedulikan ini

sehinga menjadi hijau dengan tumbuh-tumbuhan dan

bunga-bungaan seperti sekarang ini. Saya juga berbangga

kerana ‘Sunway Integrated Resort City’ ini mempunyai

pelbagai komponen untuk meningkatkan kualiti kehidupan

penduduknya seperti yang boleh dilihat pada kemudahan

penjagaan kesihatan, libur dan pendidikan yang tersedia.

Kemudahan-kemudahan ini telah menaikkan imej dan nilai

hartanah perbandaran tersebut.

Sehingga kini, kejayaan kami bukan hanya pembangunan

‘Sunway Integrated Resort City’ yang berkembang maju,

malah telah dibuktikan di ‘Sunway City Ipoh’ dan Sunway

Damansara. Ketiga-tiga perbandaran ini melambangkan

kepakaran dan kelebihan bersaing Kumpulan dalam

mencungkil nilai daripada sebidang tanah dan

mengubahnya menjadi sebuah hab komuniti yang

bersemangat dan bertenaga.

Saya juga ingin mengumumkan Kumpulan kini

menerapkan falsafah Kehidupan Sihat dan Berkekalan

(”LOHAS”) dalam projek-projek pembangunan

hartanahnya. LOHAS adalah istilah pasaran yang digunakan

untuk menerangkan satu sektor pasaran yang mahukan

barangan dan perkhidmatan yang menumpukan

kepada tonggak kesihatan dan kecergasan, persekitaran,

pembangunan peribadi dan kehidupan yang mapan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!