24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

‘The Banjaran Hotsprings Retreat’ di Tambun, Ipoh, Perak, tarikan eko-kesejahteraan terbaru oleh SunCity.

Menyampaikan Nilai

Tempoh kewangan tahun 2009 adalah suatu tempoh

yang benar-benar menguntungkan SunCity dan

pemegang sahamnya kerana beberapa pelaburan

utama telah menjana keuntungan yang sangat baik

kepada Kumpulan. Kami juga menjangkakan aset

pelaburan ini akan terus memberi hasil pada tahuntahun

yang mendatang. Kerana itulah saya dengan

sukacitanya mengumumkan tema Laporan Tahunan ini

adalah ‘Menyampaikan Nilai’.

Dalam tempoh yang diulas, banyak peristiwa penting

telah dilalui Kumpulan dalam bahagian Pembangunan

Hartanah dan Pelaburan Hartanah.

Di samping menyampaikan hartanah berkualiti yang

mempunyai kenaikan modal positif kepada pelanggan

kami, Kumpulan juga memberi lebih penekanan

kepada pembinaan hartanah yang menggabungkan

ciri-ciri hijau bagi menjaga alam sekitar.

Bahagian Pembangunan Hartanah memperoleh

anugerah berprestij Anugerah Emas (Pembangunan

Kediaman Bangunan Tinggi – Sementara) dalam Skim

Tanda Hijau (Reka Bentuk Bangunan Hijau) Penguasa

Bangunan Dan Pembinaan (“BCA”) Singapura bagi

pembangunan Sunway Palazzio, pembangunan

kediaman bangunan tinggi pertama di Malaysia yang

menerima anugerah yang menjadi rebutan ini. Selain

daripada itu, Sunway Challis Damansara, Sunway

Vivaldi dan Nautica, kondominium mewah Sunway

South Quay juga menerima pensijilan Tanda Hijau

BCA tersebut.

Bagi Bahagian Pelaburan Hartanah pula, sejak

perluasan Sunway Pyramid selesai pada bulan Oktober

2007, kami telah menerima ramai pengunjung dari

dalam dan luar negara ke Sunway Pyramid dan telah

menikmati kadar penginapan penuh. Dalam tempoh

dua tahun, Sunway Pyramid telah memenangi banyak

anugerah peruncitan di Malaysia dan peringkat

antarabangsa dan lantaran itu telah membuktikannya

sebagai destinasi runcit popular.

Bahagian Pelaburan Hartanah Kumpulan juga telah

melancarkan ‘Sunway Tower 2’ (dahulunya dikenali

sebagai Wisma Denmark) pada bulan Januari 2010.

Sejak kami mengambil alih bangunan tersebut pada

tahun 2007, nilai ‘Sunway Tower 2’ telah meningkat

hampir 20%. Pertambahan nilai tersebut membuatkan

kami menjangkakan sesuatu yang sangat positif bagi

pembangunan ‘Sunway Tower 1’ di sebidang tanah

bersebelahannya pada waktu terdekat ini.

Satu lagi peristiwa penting yang ingin saya sebutkan

di sini ialah, Sunway Giza di Sunway Damansara,

sebuah pusat kejiranan khusus seluas 6.17 ekar telah

selesai pembinaannya pada bulan Disember 2009.

Sunway Giza yang mempunyai keluasan kasar seluas

160,000 kaki persegi adalah sebuah pusat runcit khusus

berintegrasi yang di reka untuk memenuhi keperluan

beli-belah, libur dan hiburan masyarakat Damansara

dan Petaling Jaya dan di sekelilingnya.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 17

Pernyataan

Pengerusi

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!