24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pernyataan

Pengerusi

16

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Para pemegang saham yang dihormati

Dengan sukacitanya saya

membentangkan laporan tahunan yang

menyenaraikan prestasi cemerlang

dan pencapaian utama Kumpulan

setakat hari ini. SunCity memulakan

tahun kewangan 2009 dalam keadaan

ekonomi global yang mencabar

akibat krisis kewangan yang berpunca

daripada Amerika Syarikat dan telah

membawa kesan buruk kepada negara

lain di Eropah dan Asia.

Namun begitu, saya merasa bangga

kerana tempoh mencabar ini dapat

kami lalui tanpa banyak masalah, malah

kami berjaya mencapai pertumbuhan

tinggi dalam semua segmen utama

perniagaan, sesuatu yang bukan

calang-calang kejerihannya. Kejayaan

ini sebahagian besarnya adalah hasil

daripada model perniagaan kami

yang kukuh dan dinamik yang telah

membolehkan kami mempertingkatkan

nilai aset teras kami.

Ini adalah bukti kukuh bahawa

Kumpulan berkemampuan

melaksanakan strategi berfikiran

jauh untuk menambah-baik operasi

perniagaan sedia ada dan mengambil

kesempatan dalam pasaran dengan

pantas.

Kelebihan dua unsur yang

dinikmati bersama

SunCity adalah sebuah konglomerat

hartanah Malaysia yang bereputasi

baik dan berintegrasi. Model

perniagaan unik yang kami miliki telah

menghasilkan Bahagian Pembangunan

Hartanah berpertumbuhan tinggi dan

memungkinkan kami memperoleh

asas pendapatan yang stabil daripada

Bahagian Pelaburan Hartanah yang

memberikan hasil tinggi.

Kedua-dua bahagian tersebut telah

membantu kami sewaktu menghadapi

kegawatan ekonomi dengan

memanfaatkan kekuatan kami dengan

baik. Secara asasnya, kedua-dua

bahagian ini telah membolehkan kami

mengekalkan tumpuan kepada sasaran

kami untuk mencapai pertumbuhan

mampan dan pada masa yang sama,

mencipta nilai untuk pemegang

saham kami.

Prestasi Membanggakan

Walaupun berada dalam keadaan

ekonomi yang sukar, SunCity sekali lagi

menunjukkan prestasi membanggakan

bagi tempoh 18 bulan yang berakhir

pada 31 Disember 2009. Kumpulan

SunCity telah mencatatkan hasil

sebanyak RM1.6 bilion dan keuntungan

selepas cukai dan kepentingan minoriti

(“PATMI”) sebanyak RM538 juta. Jika

dibandingkan secara tahunan, PATMI

sebanyak RM359 juta tersebut mewakili

pertumbuhan sebanyak 37% daripada

RM262 juta pada tahun kewangan

sebelumnya. Jika tidak termasuk

prestasi operasi bukan teras, SunCity

mencapai PATMI teras sebanyak RM225

juta untuk tempoh 18 bulan yang

berakhir pada 31 Disember 2009 yang

mana pendapatan teras setiap saham

adalah sebanyak 47 sen.

Dividen

Dengan pencapaian prestasi kewangan

yang kukuh ini, para Pengarah

dengan sukacitanya mencadangkan

dividen akhir sebanyak 5 sen bagi

setiap saham RM1.00 untuk tempoh

kewangan berakhir 31 Disember 2009.

Dengan ini, jumlah dividen kasar bagi

setiap saham setelah dicampur dividen

interim sebanyak 8 sen, yang dibayar

untuk tempoh kewangan berakhir

31 Disember 2009, adalah 13 sen

setiap saham.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!