24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

192

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Nota yang mengiringi Penyata Kewangan 31 Disember 2009

2. Dasar Perakaunan Penting (samb.)

2.4 Anggaran dan pertimbangan perakaunan penting (samb.)

(b) Sumber utama bagi ketakpastian anggaran

Tanggapan penting berkaitan masa hadapan dan sumber utama lain bagi ketakpastian

anggaran pada tarikh kunci-kira-kira, yang menimbulkan risiko yang ketara yang boleh

menyebabkan pelarasan material perlu dibuat kepada amaun bawaan aset dan liabiliti dalam

tahun kewangan yang berikutnya dibincangkan di bawah.

(i) Ketaksempurnaan muhibah

Kumpulan menetapkan sama ada muhibah tidak sempurna sekurang-kurangnya setahun

sekali. Ini memerlukan anggaran nilai dalam penggunaan bagi unit menjana tunai (“CGU”)

yang muhibah diagihkan kepadanya. Anggaran nilai dalam penggunaan memerlukan

pengurusan untuk memastikan anggaran aliran tunai masa hadapan daripada CGU ini

dan juga untuk memilih kadar diskaun yang sesuai untuk mengira nilai semasa aliran

tunai tersebut. Amaun bawaan muhibah pada 31 Disember 2009 adalah RM23,035,000

(2008: RM23,027,000). Butiran yang lebih terperinci dibentangkan dalam Nota 22 yang

mengiringi penyata kewangan.

(ii) Susut nilai hartanah, loji dan peralatan

Kos hartanah hotel disusut nilai menggunakan kaedah garis lurus sepanjang baki hayat

bergunanya. Pihak pengurusan menganggarkan hayat berguna bagi hartanah hotel 50

tahun dari tarikh ia disiapkan atau dari tarikh pemerolehan, berdasarkan jangkaan hayat

lazim yang digunakan dalam industri hotel. Baki hayat berguna hartanah hotel Kumpulan

adalah di antara 40 tahun hingga 48 tahun.

Hayat berguna dan nilai residual komponen lain hartanah, loji dan peralatan juga

dianggarkan berdasarkan jangkaan hayat lazim dan faktor komersil digunakan dalam

berbagai industri berkaitan.

Perubahan dalam kadar penggunaan, kadar penghunian dan pembangunan ekonomi

boleh memberi impak kepada hayat berguna ekonomi dan nilai residual aset ini, maka

susut nilai masa hadapan bagi aset seperti ini boleh dikaji semula.

(iii) Pembangunan hartanah

Kumpulan mengiktiraf hasil dan perbelanjaan pembangunan hartanah dalam penyata

pendapatan dengan menggunakan kaedah peringkat siap. Peringkat siap ditentukan

dengan membahagikan kos pembangunan hartanah yang ditanggung bagi kerja-kerja

yang dilaksanakan sehingga tarikh terkini dengan anggaran jumlah kos pembangunan

hartanah.

Pertimbangan yang mendalam diperlukan dalam menentukan peringkat siap, setakat

mana kos pembangunan hartanah telah dibelanjakan, untuk menganggar jumlah hasil

dan kos pembangunan hartanah, serta setakat mana kos projek pembangunan boleh

didapatkan kembali. Dalam membuat pertimbangan ini, Kumpulan membuat penilaian

berdasarkan pengalaman masa lalu dan dengan bersandarkan kepada para pakar.

(iv) Aset cukai tertunda

Aset cukai tertunda diiktiraf bagi kesemua kerugian cukai yang tidak digunakan dan

elaun modal yang tidak diserap setakat yang untung boleh cukai akan wujud untuk

kerugian dan elaun modal boleh ditolak daripadanya. Pertimbangan pengurusan yang

mendalam diperlukan untuk menentukan amaun aset cukai tertunda yang boleh diiktiraf,

berdasarkan masa dan paras untung boleh cukai pada masa hadapan yang mungkin

diperoleh di samping strategi perancangan cukai masa hadapan. Pada 31 Disember 2009,

jumlah nilai bawaan bagi kerugian cukai yang diiktiraf dan elaun modal Kumpulan ialah

RM133,024,000 (2008: RM90,688,000) dan kerugian cukai yang tidak diiktiraf serta elaun

modal bagi Kumpulan ialah RM71,322,000 (2008: RM154,608,000). Butiran yang lebih

terperinci dibentangkan dalam Nota 37 yang mengiringi penyata kewangan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!