24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Nota yang mengiringi Penyata Kewangan 31 Disember 2009

2. Dasar Perakaunan Penting (samb.)

2.3 Standard dan Tafsiran yang diterbitkan tetapi belum dikuatkuasakan (samb.)

Pindaan kepada FRS ‘Penambahbaikan kepada FRS (2009)’ (samb.)

FRS 140 Hartanah Pelaburan: Hartanah sedang dalam pembinaan atau pembangunan untuk

penggunaan masa hadapan sebagai hartanah pelaburan dikelaskan sebagai hartanah pelaburan. Apabila

model nilai saksama digunakan, hartanah tersebut diukur pada nilai saksama. Jika nilai saksama tidak

dapat ditentukan dengan pasti, pelaburan dalam proses pembinaan akan diukur pada kos sehingga

masa nilai saksama boleh ditentukan atau pembinaan selesai. Sebelum ini, Kumpulan pernah mengambil

kira aset seperti ini menggunakan model kos. Pindaan ini turut merangkumi perubahan istilah dalam

Standard supaya tekal dengan FRS 108. Perubahan ini akan diterapkan secara prospektif.

Interpretasi IC 15: Perjanjian bagi Pembinaan Harta Tanah

Interpretasi IC 15 dikeluarkan pada 8 Januari 2010 dan berkuat kuasa bagi tahun kewangan bermula

pada atau selepas 1 Julai 2010. Interpretasi ini diterapkan secara retrospektif. Ia menjelaskan bila dan

bagaimana hasil dan perbelanjaan yang berkaitan daripada jualan unit hartanah harus diiktiraf dalam

perjanjian antara pemaju dengan pembeli harus dicapai sebelum pembinaan hartanah tersebut selesai.

Di samping itu, Interpretasi ini juga menyediakan panduan mengenai cara menentukan sama ada

perjanjian berada dalam ruang lingkup FRS111 Kontrak Pembinaan atau FRS118 Hasil.

FRS111 berkuat kuasa apabila perjanjian memenuhi takrifan kontrak pembinaan, iaitu kontrak yang

dirunding secara khusus bagi pembinaan sesuatu aset atau gabungan aset. Sebaliknya, perjanjian untuk

pembinaan hartanah yang pembeli mempunyai keupayaan terhad untuk mempengaruhi reka bentuk

hartanah tersebut adalah perjanjian penjualan barangan dalam ruang lingkup FRS118.

Di Malaysia, terma Perjanjian Jual Beli (“SPA”) ditetapkan oleh Akta Perumahan dan Pembangunan. Di

bawah SPA, risiko dan ganjaran hak milik aset beralih kepada pembeli semasa penyerahan hartanah

kepada pembeli, dan bukan secara berperingkat mengikut tahap pembinaan. Jika menggunakan

IFRIC 15, Kumpulan perlu mengiktiraf hasil daripada aktiviti pembangunan hartanah apabila hartanah

tersebut telah sempurna dibina. Kesan IFRIC 15 tidak dapat dianggarkan secara munasabah oleh kerana

ketidakpastian persekitaran dan jangkaan jualan masa hadapan dan naik turun kos pembangunan.

2.4 Anggaran dan pertimbangan perakaunan penting

(a) Pertimbangan kritikal yang dibuat dalam menerapkan dasar perakaunan

Berikut adalah pertimbangan yang dibuat oleh pihak pengurusan dalam proses menerapkan

dasar perakaunan Kumpulan yang memberi kesan yang paling ketara kepada jumlah yang diiktiraf

dalam penyata kewangan.

Pengelasan sama ada sebagai hartanah pelaburan dengan hartanah, loji dan peralatan

Kumpulan telah mewujudkan kriteria tertentu berdasarkan FRS 140 dalam usaha

mempertimbangkan sama ada sesuatu hartanah layak untuk dikelaskan sebagai hartanah

pelaburan. Hartanah pelaburan adalah hartanah yang dipegang untuk memperoleh pendapatan

sewa atau untuk peningkatan modal atau kedua-duanya.

Sesetengah hartanah terdiri daripada sebahagian yang dipegang untuk memperoleh pendapatan

sewa atau peningkatan modal dan sebahagian lain dipegang untuk kegunaan dalam penghasilan

atau pembekalan barangan dan perkhidmatan atau untuk tujuan pentadbiran. Jika bahagianbahagian

ini boleh dijual secara berasingan (atau dipajak secara berasingan di bawah pajakan

kewangan), Kumpulan akan mengambil kira bahagian-bahagian ini secara berasingan. Jika

bahagian-bahagian ini boleh dijual secara berasingan, hartanah ini adalah hartanah pelaburan

hanya jika bahagian yang tidak ketara dipegang untuk penghasilan atau bekalan barangan atau

perkhidmatan atau untuk tujuan pentadbiran. Pertimbangan dibuat bagi hartanah secara individu

untuk menetapkan sama ada perkhidmatan sampingan cukup ketara sehingga sesuatu hartanah

tidak layak dikelaskan sebagai hartanah pelaburan.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 191

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!