24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

190

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Nota yang mengiringi Penyata Kewangan 31 Disember 2009

2. Dasar Perakaunan Penting (samb.)

2.3 Standard dan Tafsiran yang diterbitkan tetapi belum dikuatkuasakan (samb.)

FRS 101: Pembentangan Penyata Kewangan (disemak)

FRS 101 yang disemak mengasingkan perubahan ekuiti pemilik dan bukan pemilik. Dengan itu,

penyata perubahan ekuiti yang disatukan kini merangkumi hanya butiran transaksi dengan pemilik

sahaja. Kesemua perubahan ekuiti bukan pemilik dibentangkan dalam satu baris yang dilabel

sebagai jumlah pendapatan komprehensif. Standard ini juga memperkenalkan penyata pendapatan

komprehensif: yang membentangkan semua item pendapatan dan perbelanjaan yang diiktiraf dalam

penyata pendapatan, seiring dengan semua item yang diiktiraf sebagai pendapatan dan perbelanjaan,

sama ada dalam satu penyata tunggal, atau dalam dua penyata yang berhubung kait. Kumpulan kini

sedang mempertimbangkan format yang akan diterima pakai. Di samping itu pernyataan mengenai

kedudukan kewangan diperlukan pada permulaan tempoh perbandingan terawal berikutan

penukaran dasar perakaunan, pembetulan kesilapan atau pengelasan semula item dalam penyata

kewangan. FRS yang disemak ini tidak membawa sebarang kesan ke atas kedudukan kewangan dan

keputusan Kumpulan dan Syarikat.

FRS 139: Instrumen Kewangan: Pengiktirafan dan Ukuran, FRS 7: Instrumen Kewangan:

Pendedahan dan Pindaan Kepada FRS 139: Instrumen Kewangan: Pengiktirafan dan Ukuran,

FRS 7: Instrumen Kewangan: Pendedahan

Standard baharu mengenai FRS 139: Instrumen Kewangan: Pengiktirafan dan Ukuran menetapkan

prinsip untuk mengiktiraf dan mengukur aset kewangan, liabiliti kewangan dan beberapa kontrak

untuk jual beli perkara yang bukan dalam bentuk kewangan. Keperluan untuk membentangkan

maklumat mengenai instrumen kewangan terdapat dalam FRS 132: Instrumen Kewangan:

Pembentangan dan keperluan untuk menzahirkan maklumat mengenai instrumen kewangan

terkandung dalam FRS 7: Instrumen Kewangan: Pendedahan.

FRS 7 Instrumen Kewangan: Pendedahan merupakan Standard baharu yang memerlukan pendedahan

baru berhubung instrumen kewangan. Standard ini disifatkan sebagai menghasilkan pendedahan

yang bertambah, bagi pendedahan Kumpulan dan Syarikat kepada risiko, dari segi kuantitatif dan

kualitatif, pendedahan yang dipertingkat bagi komponen kedudukan dan prestasi kewangan

Kumpulan dan Syarikat, dan kemungkinan perubahan cara perkara tertentu dibentangkan dalam

penyata kewangan.

Menurut peruntukan peralihan berkaitan, Kumpulan dan Syarikat dikecualikan daripada menzahirkan

kesan yang mungkin kepada penyata kewangan selepas penerapan awal.

Pindaan kepada FRS ‘Penambahbaikan kepada FRS (2009)’

FRS 116 Hartanah, Loji dan Peralatan: Pindaan ini menggantikan istilah “harga jualan bersih” dengan

“nilai saksama setelah ditolak kos untuk menjual”. Ia turut menjelaskan bahawa item hartanah, loji

dan peralatan yang dipegang untuk disewa yang biasanya dijual dalam perjalanan biasa perniagaan

selepas disewa, dipindahkan kepada inventori apabila penyewaan dihentikan dan ia dipegang untuk

jualan.

FRS 117 Pajakan: Menjelaskan mengenai pengelasan pajakan tanah dan bangunan. Kumpulan masih

menilai potensi implikasi daripada pengelasan semula pajakan tanah yang belum luput sebagai

pajakan operasi atau kewangan. Bagi unsur tanah yang dipegang di bawah pajakan operasi yang

perlu dikelaskan semula sebagai pajakan kewangan, Kumpulan hendaklah mengiktiraf aset dan liabiliti

yang berkaitan dalam penyata kewangan yang akan digunakan secara retrospektif setelah diterapkan.

Walau bagaimanapun, menurut peruntukan peralihan, Kumpulan boleh menilai semula pengelasan

pajakan berdasarkan fakta dan keadaan yang sedia ada pada tarikh ia menerima pakai pindaan ini;

dan mengiktiraf aset dan liabiliti yang berkaitan dengan pajakan tanah yang baru dikelaskan sebagai

pajakan kewangan pada nilai saksama pada tarikh tersebut; sebarang perubahan antara nilai saksama

ini diiktiraf dalam perolehan tertahan. Kumpulan kini dalam proses menilai kesan pindaan ini.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!