24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Nota yang mengiringi Penyata Kewangan 31 Disember 2009

2. Dasar Perakaunan Penting (samb.)

2.3 Standard dan Tafsiran yang diterbitkan tetapi belum dikuatkuasakan (samb.)

Berkuat kuasa bagi tempoh kewangan bermula atau selepas 1 Julai 2010

FRS 1 Penerimaan Pakai Pertama Kali Standard Pelaporan Kewangan

FRS 3 Gabungan Perniagaan (disemak)

FRS 127 Penyata Kewangan Disatukan dan Berasingan

(dipinda)

Pindaan kepada FRS 2 Pembayaran berasaskan saham

Pindaan kepada FRS 5 Aset Bukan Semasa Yang Dipegang Untuk Dijual Dan Operasi

Yang Ditamatkan

Pindaan kepada FRS 138 Aset tak ketara

Pindaan kepada Penilaian semula Derivatif Terbenam

Interprestasi IC9

Interprestasi IC12 Pengaturan Konsesi Perkhidmatan

Interprestasi IC15 Perjanjian bagi Pembinaan Harta Tanah

Interprestasi IC16 Perlindungan Nilai Pelaburan Bersih dalam Operasi Luar Negara

Interprestasi IC17 Pengagihan Aset Bukan Tunai kepada Para Pemilik

Kumpulan dan Syarikat merancang untuk menerapkan pengumuman di atas apabila ia dikuatkuasakan

dalam tempoh kewangan yang berkaitan. Kecuali dihuraikan sebaliknya di bawah, pengumuman ini

dijangka tidak mempunyai kesan ketara kepada penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat apabila ia

mula diterapkan:

FRS 3: Gabungan Perniagaan (disemak) dan FRS 127: Penyata Kewangan Disatukan dan

Berasingan (dipinda)

FRS 3 (disemak) memperkenalkan beberapa perubahan kepada perakaunan bagi gabungan

perniagaan yang berlaku pada atau selepas 1 Julai 2010. Ini termasuk perubahan yang memberi

kesan kepada penilaian kepentingan bukan kawalan, perakaunan bagi kos transaksi, pengiktirafan

awal dan ukuran seterusnya bagi imbalan luar jangka dan gabungan perniagaan yang dicapai secara

berperingkat. Perubahan ini akan memberi kesan kepada jumlah muhibah yang diiktiraf, keputusan

yang dilaporkan dalam tempoh pengambilalihan berlaku dan keputusan yang dilaporkan pada masa

hadapan.

FRS 127 (dipinda) memerlukan supaya pertukaran kepentingan hak milik subsidiari (tanpa kehilangan

kawalan) diambil kira sebagai transaksi dengan pemilik dalam kapasiti mereka sebagai pemilik dan

dicatatkan sebagai ekuiti. Dengan itu, transaksi seperti ini tidak lagi mewujudkan muhibah, mahupun

menimbulkan untung atau rugi. Tambahan pula, Standard yang dipinda ini menukar perakaunan

untuk kerugian yang ditanggung oleh subsidiari serta kehilangan kawalan sesebuah subsidiari.

Perubahan oleh FRS 3 (disemak) dan FRS127 (dipinda) akan diterapkan secara prospektif dan

mempengaruhi hanya pengambilalihan atau kehilangan kawalan subsidiari pada masa hadapan dan

transaksi dengan kepentingan tanpa kawalan.

FRS 8: Segmen Operasi

FRS 8 menggantikan FRS 114 2004 : Laporan Mengikut Segmen dan memerlukan ‘pendekatan

pengurusan’, yang menghendaki maklumat segmen dibentangkan mengikut kaedah yang seperti

yang digunakan untuk tujuan laporan dalaman. Hasilnya, Laporan mengikut segmen luar Kumpulan

akan berasaskan laporan dalaman kepada “ketua operasi yang membuat keputusan”, mengenai

pengagihan sumber dan menilai prestasi segmen yang perlu dilaporkan tersebut. Oleh kerana ini

merupakan standard pembentangan, tidak akan terdapat kesan ke atas kedudukan kewangan atau

keputusan Kumpulan.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 189

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!