24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

186

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Nota yang mengiringi Penyata Kewangan 31 Disember 2009

2. Dasar Perakaunan Penting (samb.)

2.2 Ringkasan dasar perakaunan penting (samb.)

(q) Mata wang asing (samb.)

(ii) Transaksi mata wang asing

Dalam menyediakan penyata kewangan bagi entiti individu, transaksi dalam mata

wang selain daripada mata wang fungsian entiti (mata wang asing) dicatatkan dalam

mata wang fungsian menggunakan kadar pertukaran mata wang yang berkuat kuasa

pada tarikh transaksi tersebut. Pada setiap tarikh kunci kira-kira, item monetari dalam

denominasi mata wang asing diterjemahkan pada kadar yang berkuat kuasa pada tarikh

kunci kira-kira tersebut. Item bukan monetari yang dibawa pada nilai saksama dalam

denominasi mata wang asing diterjemahkan pada kadar yang berkuat kuasa pada tarikh

nilai saksama tersebut ditentukan. Item bukan monetari yang diukur dari segi kos sejarah

dalam mata wang asing tidak diterjemahkan.

Perbezaan pertukaran yang timbul semasa penyelesaian item monetari, dan semasa

terjemahan item monetari tersebut, dimasukkan ke dalam untung atau rugi bagi tahun

tersebut kecuali bagi perbezaan pertukaran yang timbul pada item monetari yang

membentuk sebahagian daripada pelaburan bersih Kumpulan dalam operasi luar negara.

Perbezaan pertukaran dalam item monetari yang membentuk sebahagian daripada

pelaburan bersih Kumpulan dalam operasi luar negara dicatatkan secara langsung dalam

rizab terjemahan mata wang asing dalam ekuiti sehingga penjualan operasi luar negara

tersebut, yang pada masa tersebut diiktiraf dalam untung atau rugi. Perbezaan pertukaran

yang timbul daripada item monetari yang membentuk sebahagian daripada pelaburan

bersih Syarikat dalam operasi luar negara, tanpa mengira mata wang item monetari

tersebut, diiktiraf dalam untung atau rugi dalam penyata kewangan Syarikat atau penyata

kewangan individu bagi operasi luar negara tersebut, mengikut mana yang wajar.

Perbezaan pertukaran yang timbul dalam terjemahan item bukan monetari yang dibawa

pada nilai saksama dimasukkan dalam untung atau rugi bagi tempoh tersebut.

(iii) Operasi Luar Negara

Keputusan dan kedudukan kewangan operasi luar negara yang mempunyai mata

wang kefungsian yang berbeza daripada mata wang pembentangan (RM) bagi penyata

kewangan disatukan diterjemahkan ke dalam RM seperti berikut:

- Aset dan liabiliti bagi setiap kunci kira-kira yang dibentangkan diterjemahkan pada

kadar penutup yang berkuat kuasa pada tarikh kunci kira-kira;

- Pendapatan dan perbelanjaan bagi setiap penyata pendapatan diterjemahkan pada

kadar pertukaran purata bagi tahun berkenaan, yang memberi anggaran terhampir

bagi kadar pertukaran pada tarikh transaksi tersebut; dan

- Kesemua perbezaan pertukaran yang terhasil dimasukkan ke dalam rizab

terjemahan mata wang asing dalam ekuiti.

(r) Pengiktirafan hasil

Hasil diiktiraf setakat yang mungkin faedah ekonomi akan mengalir kepada Kumpulan dan hasil

boleh diukur dengan pasti. Kriteria pengiktirafan khusus berikut hendaklah dipenuhi sebelum

hasil diiktiraf:

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!