24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Nota yang mengiringi Penyata Kewangan 31 Disember 2009

2. Dasar Perakaunan Penting (samb.)

2.2 Ringkasan dasar perakaunan penting (samb.)

(p) Faedah kakitangan

(i) Faedah jangka pendek

Upah, gaji, bonus dan sumbangan keselamatan sosial diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam

tahun yang perkhidmatan yang berkaitan diberikan oleh para pekerja. Ketakhadiran

yang diberi pampasan yang terkumpul jangka pendek seperti cuti tahun berbayar

diiktiraf apabila perkhidmatan diberi oleh pekerja yang meningkatkan kelayakan mereka

untuk ketakhadiran yang diberi pampasan pada masa depan. Ketakhadiran yang diberi

pampasan tak terkumpul jangka pendek seperti cuti sakit diiktiraf apabila ketakhadiran

tersebut berlaku.

(ii) Pelan caruman tertakrif

Pelan caruman tertakrif adalah pelan faedah pasca pekerjaan yang dalam ruang

lingkupnya, Kumpulan membayar caruman tetap ke dalam sebuah entiti berasingan

atau dana dan tidak akan mempunyai sebarang obligasi undang-undang atau

konstruktif untuk membayar caruman selanjutnya sekiranya dana tidak memegang aset

yang mencukupi untuk membayar kesemua faedah pekerja yang berkaitan dengan

perkhidmatan pekerja dalam tempoh semasa dan terdahulu. Caruman seperti ini diiktiraf

sebagai perbelanjaan dalam untung atau rugi seperti yang dikenakan. Seperti yang

dikehendaki oleh undang-undang, syarikat di Malaysia membuat caruman seperti ini

kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“KWSP”). Beberapa subsidiari luar negara

Kumpulan turut membuat caruman dalam skim persaraan statutori negara berkaitan.

(iii) Pampasan berasaskan saham

Skim Opsyen Saham Pekerja Sunway City Berhad, pelan pampasan langsai ekuiti,

berasaskan saham, membolehkan pekerja Kumpulan memperoleh saham biasa

Syarikat. Perolehan yang diterima setelah ditolak sebarang kos transaksi langsung yang

diperuntukkan dikreditkan ke dalam ekuiti apabila opsyen tersebut dilaksanakan.

Bagi opsyen saham yang diberi selepas 1 Januari 2005 tetapi sebelum 31 Disember

2005 dan belum diletak hak menjelang 1 Januari 2006 dan opsyen saham yang diberi

selepas 1 Januari 2006, jumlah nilai saksama opsyen saham yang diberi kepada pekerja

diiktiraf sebagai kos pekerja dengan tambahan yang berkaitan dalam rizab opsyen saham

dalam ekuiti sepanjang tempoh letak hak, dengan mengambil kira kemungkinan yang

opsyen ini akan diletak hak. Nilai saksama opsyen saham diukur pada tarikh ia diberi,

dengan mengambil kira, jika ada, keadaan peletakan hak pasaran yang menjadi asas

bagi pemberian opsyen ini tetapi mengecualikan impak sebarang keadaan peletakan

hak bukan pasaran. Syarat peletakan hak bukan pasaran dimasukkan dalam andaian

mengenai bilangan opsyen yang dijangka akan menjadi boleh dilaksanakan pada tarikh

peletakan hak. Pada setiap tarikh kunci kira-kira, Kumpulan menyemak semula anggaran

bilangan opsyen yang dijangka akan menjadi boleh dilaksanakan pada tarikh peletakan

hak. Ia mengiktiraf kesan penyemakan semula anggaran asal, jika ada, dalam untung atau

rugi, dan pelarasan yang berkaitan kepada ekuiti meliputi tempoh peletakan hak yang

selebihnya. Amaun ekuiti diiktiraf dalam rizab opsyen saham sehingga opsyen tersebut

dilaksanakan, yang selepas itu, ia akan dipindahkan ke premium saham, atau sehingga

opsyen tamat tempoh, yang selepas itu ia akan dipindahkan terus kepada untung

tertahan.

(q) Mata wang asing

(i) Mata wang fungsian dan pembentangan

Penyata kewangan individu bagi setiap entiti dalam Kumpulan diukur menggunakan

mata wang persekitaran ekonomi utama yang tempat entiti tersebut beroperasi (“mata

wang kefungsian”). Penyata kewangan disatukan dibentangkan dalam RM, yang juga

merupakan mata wang kefungsian Syarikat.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 185

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!