24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

184

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Nota yang mengiringi Penyata Kewangan 31 Disember 2009

2. Dasar Perakaunan Penting (samb.)

2.2 Ringkasan dasar perakaunan penting (samb.)

(m) Kos peminjaman

Kos peminjaman boleh diperuntukkan secara langsung kepada pemerolehan atau pembinaan

aset yang layak, iaitu aset yang memerlukan tempoh yang agak lama untuk disiapkan untuk

penggunaannya yang dihasratkan atau untuk dijual, ditambah kepada kos aset tersebut

sehingga aset tersebut sebahagian besarnya siap untuk kegunaan yang dihasratkan atau

untuk dijual. Pendapatan daripada pelaburan yang diperoleh daripada pelaburan sementara

peminjaman khusus, sementara menunggu ia dibelanjakan untuk aset yang layak ditolak

daripada kos peminjaman yang layak untuk dipermodalkan.

Kesemua peminjaman lain diiktiraf dalam untung atau rugi dalam tempoh ia berlaku.

(n) Cukai pendapatan

Cukai pendapatan ke atas untung atau rugi bagi tahun semasa merangkumi cukai semasa dan

tertunggak. Cukai semasa adalah jangkaan amaun cukai pendapatan yang perlu dibayar bagi

untung boleh cukai tahun semasa dan diukur menggunakan kadar cukai yang telah digubal

pada tarikh kunci kira-kira.

Cukai tertunggak diperuntukkan menggunakan kaedah liabiliti. Secara prinsip, liabiliti cukai

tertunda diiktiraf bagi kesemua perbezaan sementara boleh cukai dan aset cukai tertunda

diiktiraf bagi kesemua perbezaan sementara boleh ditolak, kerugian cukai yang tidak digunakan

dan kredit cukai yang tidak digunakan setakat yang terdapat kemungkinan akan wujud untung

boleh cukai yang boleh digunakan untuk menolak perbezaan, kerugian cukai yang tidak

digunakan dan kredit cukai yang tidak digunakan. Cukai tertangguh tidak diiktiraf sekiranya

perbezaan sementara timbul daripada muhibah negatif atau daripada pengiktirafan permulaan

sesuatu aset atau liabiliti dalam sesuatu transaksi yang bukan gabungan perniagaan dan

pada masa transaksi tersebut, tidak menjejaskan sama ada keuntungan perakaunan atau pun

keuntungan boleh cukai.

Cukai tertangguh diukur pada kadar cukai yang dijangka akan berkuat kuasa dalam tempoh

aset direalisasi atau liabiliti diselesaikan, berdasarkan kadar cukai yang telah digubal atau

digubal secara hakiki pada tarikh Kunci Kira-kira. Cukai tertunggak diiktiraf sebagai pendapatan

atau perbelanjaan dan dimasukkan ke dalam untung atau rugi bagi tempoh semasa, kecuali

apabila ia berpunca daripada transaksi yang diiktiraf secara langsung dalam ekuiti, atau apabila

ia berpunca daripada gabungan perniagaan yang merupakan pemerolehan, yang dalam hal

ini cukai tertunggak dimasukkan ke dalam muhibah yang terhasil atau kepentingan pemeroleh

dalam nilai saksama bersih aset boleh dikenal pasti, liabiliti dan liabiliti luar jangka yang melebihi

kos gabungan tersebut.

(o) Peruntukan untuk liabiliti

Peruntukan untuk liabiliti diiktiraf apabila Kumpulan mempunyai obligasi semasa hasil

peristiwa lalu dan mungkin aliran keluar sumber yang mengandungi faedah ekonomi akan

diperlukan untuk menyelesaikan obligasi ini, dan anggaran yang pasti bagi amaun ini boleh

dibuat. Peruntukan dikaji semula pada setiap tarikh kunci kira-kira dan diselaraskan untuk

mencerminkan anggaran terbaik semasa. Dalam keadaan terdapat kesan material bagi nilai

masa wang, peruntukan didiskaun menggunakan kadar pra-cukai semasa, di mana sesuai,

menggambarkan risiko yang khusus bagi liabiliti tersebut. Apabila kaedah mendiskaun

digunakan, peningkatan dalam peruntukan yang berpunca daripada perjalanan masa diiktiraf

sebagai kos kewangan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!