24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

2. Dasar Perakaunan Penting (samb.)

Nota yang mengiringi Penyata Kewangan 31 Disember 2009

2.2 Ringkasan dasar perakaunan penting (samb.)

(k) Instrumen kewangan (samb.)

(vi) Instrumen ekuiti

Saham biasa dikelaskan sebagai ekuiti. Dividen bagi saham biasa diiktiraf dalam ekuiti

dalam tempoh ia diisytiharkan.

Kos transaksi bagi transaksi ekuiti diambil kira sebagai penolakan daripada ekuiti, setelah

ditolak cukai. Kos transaksi ekuiti merangkumi hanya kos luaran tokokan yang boleh

diperuntukkan secara langsung kepada transaksi ekuiti tersebut yang sebaliknya boleh

dielakkan.

Saham keutamaan dikelaskan sebagai ekuiti sekiranya tiada tempoh ditetapkan untuk

penebusan dan dividen adalah menurut pilihan penerbit. Dividen bagi instrumen ekuiti

diiktiraf dalam ekuiti dalam tempoh ia diisytiharkan.

Saham keutamaan dikelaskan sebagai liabiliti sekiranya ia boleh ditebus pada tarikh

tertentu menurut opsyen para pemegang saham dan memberi pemegang saham

tersebut hak kepada dividen keutamaan terkumpul. Dividen yang berkaitan dengan

saham berkenaan diiktiraf dalam penyata kewangan sebagai perbelanjaan faedah apabila

ia ditanggung.

(l) Pajakan

Pajakan diiktiraf sebagai pajakan kewangan jika ia memindahkan bahagian risiko dan ganjaran

yang cukup besar, yang berpunca daripada hak milik, kepada Kumpulan. Pajakan tanah dan

bangunan dikelaskan sebagai pajakan operasi atau kewangan dengan cara yang sama dengan

pajakan aset lain dan unsur tanah dan bangunan bagi pajakan tanah dan bangunan diambil kira

secara berasingan untuk tujuan pengelasan pajakan. Kesemua pajakan lain dikelaskan sebagai

pajakan operasi.

(i) Pajakan kewangan

Aset yang diperoleh melalui sewa beli atau pajakan kewangan dinyatakan pada amaun

yang bersamaan dengan nilai saksama atau nilai semasa pembayaran pajakan minimum,

mengikut mana yang lebih rendah, pada permulaan pajakan setelah ditolak susut nilai

dan sebarang kerugian ketaksempurnaan. Liabiliti yang berkaitan dimasukkan ke dalam

kunci kira-kira sebagai peminjaman. Dalam usaha mengira nilai semasa pembayaran

pajakan minimum, faktor diskaun yang digunakan adalah kadar faedah yang terbina

dalam pajakan tersebut, apabila praktik untuk menentukannya; sekiranya tidak, kadar

peminjaman tokokan Syarikat digunakan.

Pembayaran pajakan diagihkan di antara kos kewangan dan pengurangan liabiliti

tertunggak. Kos kewangan, yang mewakili perbezaan di antara jumlah komitmen pajakan

dan nilai saksama aset yang diperoleh diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam penyata

pendapatan sepanjang tempoh pajakan yang berkenaan agar menghasilkan caj kadar

faedah berkala tetap ke atas baki yang tinggal bagi obligasi untuk setiap tempoh.

Dasar susut nilai bagi aset yang dipajak adalah seperti hartanah, loji dan peralatan yang

boleh disusut nilai seperti yang dihuraikan dalam Nota 2.2(e).

(ii) Pajakan operasi

Pembayaran pajakan operasi diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam penyata pendapatan

mengikut kaedah garis lurus sepanjang tempoh pajakan yang berkaitan.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 183

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!