24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

182

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Nota yang mengiringi Penyata Kewangan 31 Disember 2009

2. Dasar Perakaunan Penting (samb.)

2.2 Ringkasan dasar perakaunan penting (samb.)

(j) Inventori

Stok hartanah dinyatakan pada kos atau nilai realis bersih mengikut mana yang lebih rendah. Kos

terdiri daripada kos yang berkaitan dengan pemerolehan tanah, kos langsung dan bahagian kos

yang dikongsi bersama yang sewajarnya.

Inventori dagangan, makanan dan minuman dan stok guna habis dinyatakan pada kos atau nilai

realis bersih menurut mana yang lebih rendah setelah peruntukan yang mencukupi dibuat untuk

item yang rosak, lapuk dan item yang kurang laris. Kos ditetapkan menggunakan kaedah purata

wajaran. Kos merangkumi kos pembelian.

Nilai realis bersih adalah anggaran harga jualan dalam perjalanan biasa perniagaan setelah ditolak

anggaran kos untuk menyempurnakan inventori tersebut dan anggaran kos yang diperlukan

untuk membuat jualan.

(k) Instrumen kewangan

Instrumen kewangan diiktiraf dalam kunci kira-kira apabila Kumpulan menjadi satu pihak bagi

peruntukan kontraktual instrumen tersebut.

Instrumen kewangan dikelaskan sebagai liabiliti atau ekuiti menurut isi pengaturan kontraktual

tersebut. Faedah, dividen, untung dan rugi yang berkaitan dengan instrumen kewangan yang

dikelaskan sebagai liabiliti, dilaporkan sebagai perbelanjaan atau pendapatan. Pengagihan kepada

para pemegang instrumen kewangan yang dikelaskan sebagai ekuiti diiktiraf secara langsung

dalam ekuiti. Instrumen kewangan ditolak apabila Kumpulan memiliki hak undang-undang yang

boleh dikuatkuasakan untuk menolak dan berhasrat untuk menyelesaikan sama ada nilai bersih

atau untuk merealisasikan aset tersebut dan menyelesaikan liabiliti secara serentak.

(i) Tunai dan setara tunai

Untuk tujuan penyata aliran tunai, wang tunai dan setara tunai terdiri daripada wang tunai

di tangan dan yang disimpan dalam bank, deposit yang dipegang untuk dituntut dan

pelaburan jangka pendek, sangat cair yang risiko nilainya akan berubah hampir boleh

diabaikan, setelah ditolak overdraf bank terkumpul.

(ii) Lain-lain pelaburan bukan semasa

Pelaburan bukan semasa selain daripada pelaburan dalam subsidiari, syarikat sekutu, entiti

dikawal bersama dan hartanah pelaburan dinyatakan pada kos setelah ditolak kerugian

ketaksempurnaan. Kerugian ketaksempurnaan diiktiraf bagi kesemua pengurangan nilai

kecuali ia bersifat sementara. Apabila pelaburan ini dijual, perbezaan di antara perolehan bersih

daripada jualan dan jumlah bawaannya dimasukkan ke dalam penyata untung atau rugi.

(iii) Dagangan belum terima

Dagangan belum terima dibawa pada nilai realis yang dijangka. Hutang lapuk dihapus kira

apabila dikenal pasti. Anggaran bagi hutang ragu dibuat berdasarkan kajian semula amaun

tertunggak pada tarikh kunci kira-kira.

(iv) Dagangan perlu bayar

Dagangan perlu dibayar dinyatakan pada nilai saksama imbalan yang perlu dibayar pada

masa hadapan untuk barangan dan perkhidmatan yang diterima.

(v) Pinjaman dan Peminjaman yang menanggung faedah

Kesemua pinjaman dan peminjaman pada asalnya diiktiraf pada nilai saksama imbalan yang

diterima setelah ditolak kos transaksi yang boleh diperuntukkan secara langsung. Setelah

pengiktirafan pertama, pinjaman dan peminjaman yang menanggung faedah selanjutnya

diukur pada kos dilunaskan menggunakan kaedah faedah berkesan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!