24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

180

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Nota yang mengiringi Penyata Kewangan 31 Disember 2009

2. Dasar Perakaunan Penting (samb.)

2.2 Ringkasan dasar perakaunan penting (samb.)

(g) Hartanah pelaburan

Hartanah pelaburan adalah hartanah yang dipegang sama ada untuk memperoleh pendapatan

sewa atau untuk kenaikan nilai modal atau kedua-duanya. Hartanah seperti ini diukur pada asalnya

pada kos, termasuk kos transaksi. Setelah ia diiktiraf, hartanah pelaburan dinyatakan pada nilai

saksama. Nilai saksama dikira dengan merujuk pada bukti harga transaksi pasaran bagi hartanah

yang hampir sama dan dilaksanakan oleh penaksir bebas berdaftar yang memiliki kelayakan

profesional yang diiktiraf dan pengalaman terkini di lokasi dan dalam kategori hartanah yang

sedang dinilai.

Untung atau rugi daripada perubahan nilai saksama hartanah pelaburan diiktiraf dalam untung

atau rugi pada tahun ia berlaku.

Kepentingaqn yang diperoleh daripada hartanah di bawah pajakan operasi dikelaskan dan

diambil kira sebagai hartanah pelaburan dan dinilai mengikut hartanah individu apabila Kumpulan

memegangnya untuk memperoleh pendapatan sewa atau untuk kenaikan nilai modal atau keduaduanya.

Sebarang faedah yang diperoleh daripada hartanah di bawah pajakan operasi dikelaskan

sebagai hartanah pelaburan dicatatkan pada nilai saksamanya.

Hartanah pelaburan dihapuskan apabila sama ada ia telah dijual atau apabila hartanah pelaburan

tersebut tidak lagi digunakan dan tiada faedah ekonomi masa hadapan yang dijangka daripada

penjualannya. Sebarang untung atau rugi daripada penghentian penggunaan atau penjualan

hartanah pelaburan diiktiraf dalam untung atau rugi pada tahun ia berlaku.

(h) Tanah yang dipegang untuk pembangunan hartanah dan kos pembangunan hartanah

(i) Tanah yang dipegang untuk pembangunan hartanah

Tanah yang dipegang untuk pembangunan hartanah terdiri daripada tanah yang tiada

aktiviti pembangunan dilaksanakan ke atasnya atau yang aktiviti pembangunan yang

dijalankan dijangka tidak akan disiapkan dalam kitaran operasi biasa. Tanah seperti ini

dikelaskan sebagai aset bukan semasa dan dinyatakan pada kos ditolak sebarang kerugian

ketaksempurnaan terkumpul.

Tanah yang dipegang untuk pembangunan hartanah dikelaskan semula sebagai kos

pembangunan hartanah pada ketika aktiviti pembangunan telah bermula dan apabila

boleh dipamerkan bahawa aktiviti pembangunan boleh disempurnakan dalam tempoh

kitaran operasi biasa.

Kos pembangunan hartanah merangkumi kesemua kos yang boleh diperuntukkan secara

langsung kepada aktiviti pembangunan atau yang boleh diperuntukkan menurut kaedah

yang munasabah kepada aktiviti seperti ini.

Apabila hasil aktiviti pembangunan boleh dianggarkan secara pasti, hasil pembangunan

hartanah dan perbelanjaannya diiktiraf dalam penyata pendapatan menggunakan kaedah

peringkat siap. Peringkat siap ditentukan dengan membahagikan kos pembangunan

hartanah yang ditanggung bagi kerja-kerja yang dilaksanakan sehingga tarikh terkini

dengan anggaran jumlah kos pembangunan hartanah.

(ii) Kos pembangunan hartanah

Apabila hasil aktiviti pembangunan tidak boleh dianggarkan secara pasti, hasil pembangunan

hartanah diiktiraf hanya setakat kos pembangunan hartanah yang telah ditanggung yang

mungkin boleh didapatkan kembali dan kos pembangunan hartanah bagi hartanah yang dijual

diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam tempoh ia dikenakan.

Sebarang kerugian ke atas projek pembangunan yang dijangka, termasuk kos yang perlu

ditanggung sepanjang tempoh liabiliti kerosakan, diiktiraf sebagai perbelanjaan secara serta

merta.

Kos pembangunan hartanah yang tidak diiktiraf sebagai perbelanjaan, diiktiraf sebagai aset dan

dinyatakan pada kos atau nilai realis bersih mengikut mana yang lebih rendah.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!