24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Nota yang mengiringi Penyata Kewangan 31 Disember 2009

2. Dasar Perakaunan Penting (samb.)

2.2 Ringkasan dasar perakaunan penting (samb.)

(e) Hartanah, loji dan peralatan serta susut nilai (samb.)

Tanah pegangan bebas mempunyai hayat berguna yang tidak terhad, maka ia tidak disusut nilai.

Kerja sedang berjalan juga tidak disusut nilai kerana aset ini belum sedia untuk digunakan. Susut

nilai hartanah, loji dan peralatan lain dilaksanakan menurut kaedah garis lurus sepanjang hayat

bergunanya yang dianggarkan, untuk melupuskan kos setiap aset, kepada nilai residualnya, pada

kadar tahunan berikut:

Bangunan 2

Pengubahsuaian 10

Loji dan jentera 5 - 20

Kenderaan motor 10 - 20

Kelengkapan, perabot dan lekapan 5 - 20

Nilai residual, hayat berguna dan kaedah susut nilai dikaji semula pada setiap akhir tahun

kewangan demi memastikan yang amaun, kaedah dan tempoh susut nilai konsisten dengan

anggaran terdahulu dan pola penggunaan yang dijangka bagi faedah ekonomi masa depan

terkandung dalam item hartanah, loji dan peralatan.

Sesuatu item dalam hartanah, loji dan kelengkapan dihapuskan setelah ia dijual atau apabila

tiada faedah ekonomi masa depan dijangka daripada penggunaan atau penjualannya.

Perbezaan di antara perolehan jualan bersih, jika ada dan amaun bawaan bersih diiktiraf dalam

untung atau rugi.

(f) Aset biologi

Kesemua item aset biologi pada mulanya dicatatkan pada kos. Kos selanjutnya dirangkumkan

ke dalam jumlah bawaan aset atau diiktiraf sebagai aset berasingan, sewajarnya, hanya sekiranya

ada kemungkinan yang faedah ekonomi masa depan yang dikaitkan dengan item ini akan

mengalir kepada Kumpulan dan kos item boleh diukur dengan pasti. Semua penyenggaraan

dicatatkan dalam penyata pendapatan pada tahun kewangan ia berlaku.

Setelah ia diiktiraf, aset biologi dinyatakan pada kos ditolak susut nilai terkumpul dan sebarang

kerugian ketaksempurnaan terkumpul.

Susut nilai aset biologi dilaksanakan menurut kaedah garis lurus untuk melupuskan kos setiap

aset kepada nilai residualnya sepanjang hayat biologi bergunanya yang dianggarkan, pada kadar

tahunan 20%.

Nilai residual, hayat biologi dan kaedah susut nilai dikaji semula pada setiap akhir tahun

kewangan demi memastikan yang amaun, kaedah dan tempoh susut nilai konsisten dengan

anggaran terdahulu dan pola penggunaan yang dijangka bagi faedah ekonomi masa depan

terkandung dalam item aset biologi.

Sesuatu item dalam aset biologi dihapuskan setelah ia dijual atau apabila tiada faedah ekonomi

masa depan dijangka daripada penggunaan atau penjualannya. Perbezaan di antara perolehan

jualan bersih, jika ada dan amaun bawaan bersih diiktiraf dalam untung atau rugi.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 179

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!