24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

178

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Nota yang mengiringi Penyata Kewangan 31 Disember 2009

2. Dasar Perakaunan Penting (samb.)

2.2 Ringkasan dasar perakaunan penting (samb.)

(c) Entiti dikawal bersama

Kumpulan mempunyai kepentingan dalam syarikat usaha sama yang merupakan entiti dikawal

bersama. Usaha sama adalah pengaturan kontraktual di mana dua atau lebih pihak yang

tertakluk di bawah kawalan bersama, melaksanakan aktiviti ekonomi, dan entiti yang dikawal

bersama adalah usaha sama yang melibatkan pewujudan entiti berasingan yang setiap peserta

memiliki kepentingan di dalamnya.

Pelaburan dalam entiti dikawal bersama diambil kira dalam penyata kewangan yang disatukan

menggunakan kaedah ekuiti seperti yang dihuraikan dalam Nota 2.2(b).

Dalam penyata kewangan Syarikat yang berasingan, pelaburan dalam syarikat sekutu dinyatakan

pada kos setelah ditolak kerugian ketaksempurnaan.

Apabila pelaburan seperti ini dijual, perbezaan antara perolehan jualan bersih dan amaun

bawaannya dimasukkan ke dalam untung atau rugi.

(d) Muhibah

Muhibah yang diperoleh dalam gabungan perniagaan pada mulanya diukur pada kos iaitu

kos gabungan perniagaan yang melebihi kepentingan Kumpulan dalam nilai saksama aset,

liabiliti dan liabiliti luar jangka yang boleh dikenal pasti. Selanjutnya, selepas pengiktirafan

pertama, muhibah diukur pada kos setelah ditolak kerugian ketaksempurnaan terkumpul.

Muhibah tidak dilunaskan, sebaliknya ia dikaji semula untuk melihat sama ada terdapat kerugian

ketaksempurnaan, setiap tahun atau lebih kerap sekiranya peristiwa atau perubahan keadaan

mengisyaratkan kemungkinan ketaksempurnaan wujud. Untung dan rugi daripada penjualan

sesebuah entiti merangkumi amaun muhibah yang dibawa berkaitan dengan entiti yang dijual

tersebut.

(e) Hartanah, loji dan peralatan serta susut nilai

Kesemua item hartanah, loji dan peralatan pada asalnya dicatatkan pada kos. Kos selanjutnya

dirangkumkan ke dalam jumlah bawaan aset atau diiktiraf sebagai aset berasingan, sewajarnya,

hanya sekiranya ada kemungkinan yang faedah ekonomi masa depan yang dikaitkan dengan

item ini akan mengalir kepada Kumpulan dan kos item boleh diukur dengan pasti. Jumlah

bawaan bahagian yang digantikan yang sudah diiktiraf dihapuskan. Semua penyenggaraan dan

pembaikan lain dicatatkan dalam penyata pendapatan pada tahun kewangan ia dikenakan.

Selepas pengiktirafan, hartanah, loji dan peralatan kecuali tanah pegangan bebas dinyatakan

pada kos setelah ditolak susutan nilai terkumpul dan sebarang kerugian ketaksempurnaan.

Tanah pegangan bebas dinyatakan pada kos setelah ditolak sebarang kerugian

ketaksempurnaan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!