24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Nota yang mengiringi Penyata Kewangan 31 Disember 2009

2. Dasar Perakaunan Penting (samb.)

2.2 Ringkasan dasar perakaunan penting (samb.)

(b) Syarikat Sekutu

Syarikat sekutu adalah entiti yang Kumpulan mempunyai pengaruh ketara dan ia bukan

subsidiari mahu pun kepentingan dalam sesuatu usaha sama. Pengaruh yang ketara adalah

kuasa untuk menyertai dalam pembuatan keputusan mengenai dasar kewangan dan operasi

syarikat sekutu tersebut tetapi bukan kuasa untuk mengawal dasar tersebut.

Pelaburan dalam syarikat sekutu diambil kira dalam penyata kewangan yang disatukan

menggunakan kaedah perakaunan ekuiti. Di bawah kaedah ekuiti, pelaburan dalam syarikat

sekutu dibawa dalam kunci kira-kira yang disatukan pada kos yang dilaraskan untuk perubahan

pasca pemerolehan dalam bahagian aset bersih syarikat sekutu oleh Kumpulan. Bahagian

untung atau rugi syarikat sekutu bagi Kumpulan diiktiraf dalam penyata pendapatan disatukan.

Apabila terdapat sebarang perubahan yang diiktiraf secara langsung dalam ekuiti syarikat

sekutu, Kumpulan mengiktiraf bahagiannya dalam perubahan tersebut. Dalam penggunaan

kaedah ekuiti, untung tak direalisasi atas transaksi antara Kumpulan dan syarikat sekutu dihapus

kira setakat kepentingan Kumpulan dalam syarikat sekutu tersebut. Setelah menggunakan

kaedah ekuiti ini, Kumpulan menetapkan sama ada perlu untuk mengiktiraf sebarang kerugian

ketaksempurnaan tambahan bagi pelaburan bersih Kumpulan dalam syarikat sekutu tersebut.

Syarikat sekutu adalah ekuiti yang diambil kira dari tarikh Kumpulan memperoleh pengaruh

yang ketara sehingga tarikh Kumpulan berhenti daripada memiliki pengaruh ketara ke atas

syarikat sekutu tersebut.

Muhibah berkaitan dengan sesebuah syarikat sekutu dimasukkan ke dalam jumlah bawaan

pelaburan dan tidak dilunaskan. Sebarang lebihan nilai saksama bersih aset, liabiliti dan liabiliti

luar jangka syarikat sekutu yang melebihi kos pelaburan, yang merangkumi bahagian Kumpulan,

dikecualikan daripada jumlah bawaan pelaburan tersebut dan sebaliknya diambil kira sebagai

pendapatan semasa menetapkan bahagian untung dan rugi syarikat sekutu yang merupakan

bahagian Kumpulan dalam tempoh pelaburan tersebut diperoleh.

Apabila bahagian kerugian Kumpulan dalam syarikat sekutu bersamaan atau melebihi

kepentingannya dalam syarikat sekutu tersebut, termasuk sebarang kepentingan jangka

panjang, yang dari segi isi, membentuk sebahagian daripada pelaburan bersih Kumpulan dalam

syarikat sekutu, Kumpulan tidak mengiktiraf kerugian selanjutnya, kecuali ia menanggung

obligasi atau membuat pembayaran bagi pihak syarikat sekutu tersebut.

Kumpulan menggunakan penyata kewangan teraudit yang terbaru bagi syarikat sekutu dalam

menerapkan kaedah ekuiti ini. Apabila tarikh penyata kewangan teraudit ini tidak mempunyai

tarikh akhir yang sama dengan penyata Kewangan Kumpulan, bahagian keputusan dikira

berdasarkan penyata kewangan teraudit terakhir yang ada dan penyata kewangan pengurusan

sehingga tarikh akhir tempoh perakaunan berkenaan. Dasar perakaunan yang seragam

digunakan bagi transaksi dan peristiwa yang hampir sama dalam keadaan yang serupa.

Dalam penyata kewangan Syarikat yang berasingan, pelaburan dalam syarikat sekutu dinyatakan

pada kos setelah ditolak kerugian ketaksempurnaan.

Apabila pelaburan seperti ini dijual, perbezaan antara perolehan jualan bersih dan amaun

bawaannya dimasukkan ke dalam untung atau rugi.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 177

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!