24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

176

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Nota yang mengiringi Penyata Kewangan 31 Disember 2009

2. Dasar Perakaunan Penting (samb.)

2.2 Ringkasan dasar perakaunan penting

(a) Subsidiari dan asas penyatuan

(i) Subsidiari

Subsidiari adalah entiti yang dasar kewangan dan operasinya dikawal oleh Kumpulan

dalam usaha untuk meraih manfaat daripada aktivitinya. Kewujudan dan kesan daripada

potensi hak mengundi yang boleh dilaksanakan atau ditukarkan pada ketika ini,

dipertimbangkan semasa memutuskan sama ada Kumpulan mengawal sesebuah entiti

lain atau tidak.

Dalam penyata kewangan Syarikat yang berasingan, pelaburan dalam subsidiari

dinyatakan pada kos setelah ditolak kerugian ketaksempurnaan. Apabila pelaburan seperti

ini dijual, perbezaan antara perolehan jualan bersih dan amaun bawaannya dimasukkan

ke dalam untung atau rugi.

(ii) Asas penyatuan

Penyata kewangan yang disatukan merangkumi penyata kewangan Syarikat dan

subsidiarinya pada tarikh kunci kira-kira. Penyata kewangan subsidiari disediakan untuk

tarikh laporan yang sama dengan penyata kewangan Syarikat.

Subsidiari disatukan dari tarikh pemerolehan, iaitu tarikh Kumpulan mula mendapat

kuasa, dan terus disatukan sehingga kuasa tersebut tamat. Dalam menyediakan penyata

kewangan yang disatukan ini, baki, transaksi dan untung atau rugi yang tidak direalisasi di

antara syarikat-syarikat dalam kumpulan dihapuskan sepenuhnya. Dasar perakaunan yang

seragam diterima pakai dalam penyata kewangan yang disatukan untuk transaksi yang

serupa dan peristiwa yang berlaku dalam keadaan yang hampir sama.

Pemerolehan subsidiari diambil kira menggunakan kaedah pembelian. Kaedah

perakaunan pembelian melibatkan kos pemerolehan diperuntukkan kepada nilai

saksama aset yang diperoleh dan liabiliti serta liabiliti luar jangka yang ditanggung pada

tarikh pemerolehan. Kos pemerolehan diukur sebagai agregat nilai saksama, pada tarikh

pertukaran, bagi aset yang diberi, liabiliti yang dikenakan atau ditanggung, dan instrumen

ekuiti yang diterbitkan, serta sebarang kos yang boleh diperuntukkan secara langsung

kepada pemerolehan tersebut.

Sebarang lebihan kos pemerolehan yang melebihi kepentingan Kumpulan dalam nilai

saksama aset, liabiliti dan liabiliti luar jangka yang boleh dikenal pasti mewakili muhibah.

Sebarang kepentingan Kumpulan dalam nilai saksama aset boleh dikenal pasti, liabiliti

dan liabiliti luar jangka yang melebihi kos pemerolehan diiktiraf secara serta merta dalam

untung dan rugi.

Kepentingan minoriti mewakili bahagian untung atau rugi dan aset bersih dalam

subsidiari yang tidak dipegang oleh Kumpulan. Ia diukur pada nilai saksama bahagian

minoriti bagi aset dan liabiliti subsidiari yang boleh dikenal pasti pada tarikh pemerolehan

dan bahagian minoriti bagi perubahan dalam ekuiti subsidiari sejak tarikh tersebut.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!