24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

1. Maklumat Korporat

Syarikat adalah syarikat liabiliti terhad awam, yang ditubuhkan dan domisil di Malaysia, dan disenaraikan

di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad. Pejabat berdaftar Syarikat terletak di Aras 16, Menara

Sunway, Jalan Lagoon Timur, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Pejabat berdaftar Syarikat terletak di Aras 3, Menara Sunway, Jalan Lagoon Timur, Bandar Sunway, 46150

Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Aktiviti utama Syarikat adalah pembangunan dan pelaburan hartanah, serta pemegangan pelaburan.

Aktiviti utama subsidiari adalah:

(i) pembangunan dan pelaburan hartanah;

(ii) operasi hotel dan taman tema serta aktiviti yang berkaitan;

(iii) menyediakan kemudahan kelab rekreasi;

(iv) operasi perniagaan perjalanan, pelancongan serta aktiviti yang berkaitan;

(v) operasi pusat perubatan; dan

(vi) perniagaan perkongsian masa.

Tiada perubahan ketara dalam sifat aktiviti utama syarikat sepanjang tempoh kewangan ini.

Penyata kewangan ini telah diluluskan untuk diterbitkan oleh Lembaga Pengarah menurut resolusi

pengarah pada 26 April 2010.

Akhir tahun kewangan Syarikat dan kesemua subsidiarinya ditukar dari 30 Jun ke 31 Disember. Selaras

dengan itu, penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009

meliputi tempoh 18 bulan berbanding tahun kewangan yang berakhir 30 Jun 2008 yang meliputi tempoh

12 bulan, dengan itu jumlah perbandingan tidak berkaitan dengan tempoh yang boleh dibandingkan.

2. Dasar Perakaunan Penting

2.1 Asas penyediaan

Nota yang mengiringi Penyata Kewangan

31 Disember 2009

Penyata kewangan ini mematuhi peruntukan Akta Syarikat, 1965 serta Standard Pelaporan Kewangan

yang Berkuat Kuasa di Malaysia. Dasar perakaunan penting yang diterima pakai, tekal dengan penyata

kewangan teraudit bagi tahun berakhir 30 Jun 2008.

Penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat telah disediakan mengikut kaedah kos asal, kecuali bagi

hartanah pelaburan yang diukur pada nilai saksamanya.

Penyata kewangan ini dibentangkan dalam Ringgit Malaysia (RM) dan kesemua nilai dibulatkan ke ribu

yang terhampir (RM’000) kecuali dinyatakan sebaliknya.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 175

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!