24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Laporan mengenai Penyata Kewangan

Laporan Juruaudit Bebas kepada

Ahli Sunway City Berhad

Kami telah menjalankan audit ke atas penyata kewangan Sunway City Berhad, yang merangkumi kunci kira-kira

Kumpulan dan Syarikat pada tarikh 31 Disember 2009, dan penyata pendapatan, penyata perubahan ekuiti dan

penyata aliran tunai Kumpulan dan Syarikat bagi tempoh berakhir pada tarikh tersebut, dan ringkasan dasar

perakaunan penting dan nota penjelasan lain, seperti yang dibentangkan pada halaman 165 hingga 279.

Tanggungjawab Para Pengarah terhadap penyata kewangan

Para pengarah Syarikat bertanggungjawab untuk menyediakan dan membentangkan secara saksama penyata

kewangan ini menurut Standard Pelaporan Kewangan dan Akta Syarikat, 1965 di Malaysia. Tanggungjawab

ini merangkumi: mereka bentuk, melaksana dan menyenggara kawalan dalaman berkaitan penyediaan dan

pembentangan penyata kewangan secara saksama, yang bebas daripada salah nyata material, sama ada

disebabkan oleh fraud atau ralat; pemilihan dan penggunaan dasar perakaunan yang sesuai; dan membuat

anggaran perakaunan yang munasabah dalam keadaan berkaitan.

Tanggungjawab juruaudit

Tanggungjawab kami adalah untuk memberi pendapat mengenai penyata kewangan ini berdasarkan audit

kami. Kami telah menjalankan audit mengikut standard pengauditan yang diluluskan di Malaysia. Standard

tersebut menghendaki kami mematuhi keperluan etika dan merancang serta melaksana audit berkenaan untuk

mendapatkan jaminan yang munasabah mengenai sama ada penyata kewangan tersebut bebas daripada salah

nyata yang material.

Audit melibatkan pelaksanaan prosedur untuk mendapatkan bukti audit mengenai amaun dan pendedahan

dalam penyata kewangan tersebut. Prosedur yang dipilih bergantung pada pertimbangan kami, termasuk

penilaian risiko akibat salah nyata yang material bagi penyata kewangan tersebut, sama ada disebabkan oleh

fraud atau ralat. Dalam membuat penilaian risiko ini, kami mempertimbangkan kawalan dalaman berkaitan

dengan penyediaan dan pembentangan secara saksama penyata kewangan syarikat demi menggariskan

prosedur audit yang sesuai dengan keadaan berkenaan, tetapi bukan untuk tujuan melahirkan pendapat

mengenai keberkesanan kawalan dalaman Syarikat. Audit juga merangkumi penilaian kesesuaian prinsip

perakaunan yang digunakan dan setakat mana anggaran perakaunan yang dibuat oleh para Pengarah

munasabah, di samping menilai pembentangan penyata kewangan ini secara keseluruhan.

Kami yakin bukti audit yang kami peroleh mencukupi dan munasabah untuk menyediakan asas bagi pendapat

audit kami.

Pendapat

Pada pendapat kami, penyata kewangan ini telah disediakan dengan sewajarnya menurut peruntukan Standard

Pelaporan Kewangan dan Akta Syarikat, 1965 di Malaysia agar memberi gambaran yang sebenar dan saksama

mengenai kedudukan kewangan Kumpulan dan Syarikat pada 31 Disember 2009 serta prestasi kewangan dan

aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut.

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009 163

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!