24.07.2013 Views

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

MENYAMPAIKAN NILAI - ChartNexus

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

158

Sunway City Berhad Laporan Tahunan 2009

Laporan Pengarah

Waran

Pada 5 Oktober 2007, Syarikat telah menerbitkan 155,805,276 waran pada harga terbitan RM0.15 setiap waran

untuk imbalan tunai berdasarkan satu (1) waran bagi setiap tiga (3) saham biasa Syarikat RM1.00 sesaham yang

dipegang.

Waran ini memberi hak kepada pemegang yang berdaftar, pada bila-bila masa dalam tempoh 10 tahun bermula

pada tarikh terbitan dan termasuk tarikh tersebut dan tamat tempoh pada 4 Oktober 2017, untuk melanggan 1

saham biasa RM1.00 sesaham dalam Syarikat pada harga laksana RM4.87 sesaham biasa bagi setiap waran yang

dipegang.

Sepanjang tempoh kewangan ini, 30,900 saham biasa baru RM1 sesaham telah dilanggan berikutan pelaksanaan

waran untuk bilangan yang sama dengan pemegang yang berdaftar.

Skim Opsyen Saham Pekerja

Skim Opsyen Saham Pekerja (“Skim”) Sunway City Berhad telah dilaksanakan pada 22 September 2003 dan

ditadbir oleh undang-undang kecil yang diluluskan oleh para pemegang saham pada 26 Ogos 2003. Skim

ini adalah untuk para pekerja yang layak (termasuk Pengarah Eksekutif dan Bukan Eksekutif ) Syarikat dan

subsidiarinya.

Ciri utama Skim ini adalah:

(a) Bilangan saham yang baru yang ditawarkan tidak boleh lebih daripada 10% daripada modal saham dalam

terbitan dan berbayar Syarikat (atau peratus yang lebih tinggi seperti yang boleh dibenarkan oleh pihak

berkuasa kawal selia dari semasa ke semasa) ketika tawaran opsyen di bawah Skim ini dibuat;

(b) Hanya para Pengarah dan para pekerja Syarikat dan Kumpulan yang layak sahaja akan berhak untuk

menyertai Skim ini;

(c) Harga yang perlu dibayar semasa pelaksanaan opsyen yang diberi dalam ruang lingkup Skim ini berdasarkan

harga pasaran wajaran purata lima hari bagi saham Syarikat ketika tawaran diberi dengan diskaun yang tidak

melebihi 10% jika disifatkan sebagai wajar atau pada nilai tara saham Syarikat, mengikut mana yang lebih

tinggi;

(d) Tempoh Skim ini ialah sepuluh (10) tahun dari tarikh permulaannya;

(e) Bilangan opsyen yang ditawarkan kepada pekerja yang layak menurut Skim ini hendaklah ditentukan

berdasarkan kekananan, prestasi dan tempoh perkhidmatan dan tawaran ini sah untuk diterima oleh pekerja

dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh tawaran; dan

(f ) Opsyen yang diberi boleh dilaksanakan melalui kaedah berikut:

Bilangan opsyen yang diberi Peratus maksimum jumlah opsyen boleh dilaksanakan

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3

Kurang Daripada 20,000 100% - -

20,000 atau lebih 40% * 30% 30% #

* 40% atau 20,000 opsyen, mengikut mana yang lebih tinggi

# 30% atau bilangan opsyen selebihnya yang belum dilaksanakan

Opsyen yang boleh dilaksanakan dalam tahun tertentu tetapi tidak dilaksanakan pada tahun tersebut, boleh

dibawa ke hadapan ke tahun berikutnya dengan syarat tiada opsyen dilaksanakan selepas tarikh lupus Skim

ini.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!